sukan

Pasukan belasahan kejutkan Skuad Malaysia

Skuad bawah 16 (B-16) tahun negara melepaskan peluang terbaik untuk menambah tiga mata penting dalam kempen kelayakan Piala Asia B-17 2023 apabila diikat Guam 1-1, hari ini.

Pada aksi di Stadium Pakansari, Bogor, Indonesia itu, skuad kendalian Osmera Omaro terpaksa menunggu hingga minit ke-73 untuk membuka tirai jaringan menerusi l3dakan Qahir Dzakirin Rosfaizi.

Kelebihan itu bagaimanapun dipadam Riku Ngeschekle Meyar apabila dia menjaringkan gol penyamaan buat Guam ketika perlawanan berbaki enam minit.

Keputusan itu dilihat merugikan skuad negara ketika mereka dijangka menang besar ke atas Guam yang sebelum ini dibelasah 9-0 dan 14-0 oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan tuan rumah, Indonesia.

Satu mata yang diraih meletakkan anak buah Osmera di kedudukan kedua Kumpulan B dengan mengumpul empat mata, dua mata di belakang UAE yang akan berdepan Indonesia, malam ini.

Skuad negara kemudian akan berdepan tugas berat apabila bertemu UAE, Jumaat ini sebelum aksi terakhir men3ntang Indonesia, dua hari kemudian.

sumber:-BH

Menurut format kelayakan, 10 juara kumpulan dan hanya lima naib juara terbaik akan layak ke pusingan akhir Piala Asia B-17 tahun depan.