sukan

Skuad Negara dahagakan kemenangan

SKUAD bola sepak Bawah 16 tahun (B-16) negara berada dalam mood terbaik menjelang perlawanan kedua Kumpulan B Kelayakan Piala Asia B-17 2023 men3ntang Guam di Stadium Pakansari, Cibinong, Bogor, Indonesia pada Rabu.

Pengendali skuad B-16 negara, Osmera Omaro berkata, anak-anak buahnya tetap bersemangat menghadapi aksi kelayakan itu biarpun diselubungi berita trag3di mavt penyokong bola sepak Indonesia di Stadium Kanjuruhan, Malang Sabtu lalu.

Emosi pemain dalam keadaan baik selepas kemenangan ke atas Palestin. Walaupun masih terkejut dengan insid3n di Stadium Kanjuruhan, namun ia tidak menjejaskan tumpuan mereka bagi menghadapi Guam.

“Kami akan berdepan Guam sama seperti mana kami berdepan Palestin. Setiap pemain muda negara akan fokus untuk menang, namun mereka sama sekali tidak akan pandang rendah keupayaan pasukan lawan,” katanya.

Pada Isnin, Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) mengumumkan kesemua aksi Kumpulan B terdiri daripada Indonesia, Malaysia, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Palestin dan Guam di Stadium Pakansari akan dilangsungkan tanpa kehadiran penonton.

Keputusan itu dibuat sebagai menghormati pihak terkesan dengan trag3di berd@rah yang meng0rbankan kira-kira 150 orang dalam rusuhan selepas pert3mbungan ‘Derby Jawa Timur’ antara Arema FC dan Persebaya Surabaya di Stadium Kanjuruhan.

sumber:- SH

Selepas berdepan Guam, skuad Harimau Muda dijadual men3ntang UAE Jumaat ini sebelum berdepan tuan rumah, Indonesia pada 9 Oktober.