sukan

Haaland menggila di UCL

Erling Haaland hanya memerlukan 45 minit bagi menambah dua lagi gol dalam karier manakjubkan di Manchester City apabila gergasi England itu memb3lasah FC Copenhagen 5-0 dalam aksi Liga Juara-Juara.

Haaland kini menjaringkan 19 gol dalam 11 aksi kompetitif buat City dan dinafikan peluang hatrik keempat dalam lima aksi di laman sendiri apabila direhatkan pada babak kedua oleh Pep Guardiola.

City sudah 3-0 di depan sebelum rehat ketika striker Norway itu dua kali mel3dak dari jarak dekat sebelum David Khocholava tersepak bola sendiri ke gawang berikutan hantaran Sergio Gomez.

“Saya tidak pernah melihat perkara seperti ini dalam hidup saya,” kata pemain tengah City, Jack Grealish mengenai jaringan Haaland.

Saya hanya ketawa selepas melihat gol pertama dan kedua itu. Ia seperti ‘bagaimana?’ Dia sentiasa ada di sana.

“Penjaga gol mereka berkata kepada saya: ‘dia ini – bukan manusia.’”

Riyad Mahrez mengambil kesempatan ketiadaan Haaland untuk mel3dak jaringan pertamanya musim ini daripada sepakn penalti sebelum Julian Alvarez melengkapkan kemenangan.

Bersama mata maksimum dalam tiga perlawanan awal, City makin hampir ke kelompok 16 terakhir dan boleh mengesahkan kelayakan berbaki dua perlawanan jika mereka menang di ibu kota Denmark dalam tempoh enam hari.

Copenhagen kini berada di pertengahan liga dalam aksi domestik mereka dan perlawanan kedua buat pengurus, Jacob Neestrup sebelum datang ke Etihad.

Namun bagi penjaga gol Copenhagen, Kamil Grabara, City boleh dengan mudah mengatasi enam gol itu selepas menewaskan Manchester United pada Ahad.

“Sebab utama kami konsisten selama ini ialah selepas aksi tetangga itu dan banyak rungutan, kami boleh bermain Liga Juara-Juara dengan gaya kami,” kata Guardiola.

Haaland hanya mencipta 11 sentuhan sebelum digantikan selepas rehat, namun empat daripadanya menepati sasaran.

sumber:- BH

Pemain berusia 22 tahun itu kini mengumpul 28 gol Liga Juara-Juara dalam 22 penampilan dan meledak dalam sembilan aksi berturut-turut bersama City apabila dia menyempurnakan hantaran lintang Joao Cancelo selepas tujuh minit. – AFP