sukan

JDT akan buat rombakan berdepan Sri Pahang FC

Selepas mengaibkan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) ketika Johor Darul Ta’zim (JDT) hanya beraksi dengan 10 pemain tapi mampu melakar kemenangan 3-1, sudah pasti momentum kemenangan itu mahu diteruskan apabila berkunjung ke Kuantan, Pahang, malam esok.

Bagamanapun JDT bakal membuat rombakan kecil apabila berdepan Sri Pahang FC pada aksi Liga Super di Stadium Darulmakmur dengan pengendalinya, Hector Bidoglio terpaksa melupakan khidmat Bergson da Silva yang dilayangkan kad merah pada aksi men3ntang skuad Kenari, Selasa lalu.

Turut tidak tersenarai ialah benteng kental JDT, Shane Lowry yang perlu mendapat rawatan lanjut selepas berlaku perlangggaran dengan pemain KDA FC, Mohamad Al-Hafiz Harun pada aksi babak kedua.

Apapun, Bidoglio tidak cemas dengan situasi melanda kesebelasan utama sebaliknya tetap yakin tanpa kelibat Bergson dan Lowry, barisan pemain yang bakal diturunkan men3ntang skuad kendalian Datuk Dollah Salleh bersedia untuk memberi impak positif dalam perlawanan itu nanti.

Sudah menjadi lumrah dalam permainan bolasepak, ada pemain mengalami kecederaan dan yang kena layangan kad malah saya juga harus melihat siapa lagi yang kena kad kuning pada aksi menentang Kedah baru-baru ini dan akan melakukan rombakan kecil.

Yang pasti saya tidak dapat menurunkan Bergson dan Shane pada aksi menentang Sri Pahang, malah Fernando (Forestieri) juga belum pasti dapat diturunkan memandangkan dia mengalamai kec3deraan dan semuanya bergantung kepada laporan pegawai perubatan.

“Kita akan turun dengan semangat juang berpasukan bagi meneruskan rentak kemenangan dan ia tetap perlawanan sukar tatkala beraksi di gelangang lawan tapi kami mahu terus mengekalkan rekod tanpa kalah dan ia adalah motivasi terbaik untuk pemain mengharungi aksi nanti,” katanya.

Untuk rekod, Sri Pahang yang ketika itu dibimbing Christophe Gamel berjaya melakar keputusan seri 2-2 dengan JDT pada aksi 18 Mei lalu di Stadium Sultan Ibrahim dan skuad Harimau Selatan ketika itu dibimbing Benjamin Mora.

Jika dinilai, kelibat Akhyar Rashid dan Syafiq Rahim walaupun kerap memanaskan bangku simpanan tapi berjaya memperaga aksi berkualiti ketika menentang KDA FC selepas sering membuat benteng skuad Kenari tidak senang duduk malah kedua-dua pemain itu mampu menyinar seandainya diturunkan pada aksi menentang Sri Pahang FC.

Apapun, Bidoglio bakal menterjemahkan kesebelasan utama yang terbaik bagi menebus kegagalan mencapai kemenangan pada pusingan pertama 18 Mei lalu namun harus bersikap berwaspada dengan penampilan anak didik Dollah yang mengidamkan untuk melebur rekod tanpa kalah skuad Harimau Selatan.

sumber:- BH

Ketika ketiadaan Lowry, kemungkinan Bidoglio akan mempertaruhkan sama ada kelibat Carli de Murga atau Aidil Zafuan Abd Radzak yang beraksi konsisten ketika mengambil alih tugas Lowry yang mengalami kecederaan pada aksi menentang KDA FC, baru-baru ini.