sukan

Cheng Hoe ada taktikal baru

SELANGOR FC mungkin akan tampil dengan taktikal berbeza apabila berdepan Petaling Jaya (PJ) City dalam aksi Liga Super pada Jumaat.

Pengendali The Red Giants, Tan Cheng Hoe berkata, perkara tersebut perlu dilakukan memandangkan lawannya itu boleh dikatakan agak kuat berdasarkan prestasi semasa dalam dua perlawanan sebelum ini.

“PJ City pasukan yang liat, mempunyai pertahanan yang cukup kental dan cara mereka memang mengamalkan corak bertahan.

“Kalau kita lihat dalam dua pertembungan mereka sebelum ini, mereka berjaya menewaskan Kedah dan seri menentang JDT. Ini bermakna mereka bukan sahaja mempunyai kekuatan dari segi bertahan malah ketika menyerang juga.

“Jadi mungkin kita akan guna pendekatan atau taktikal berbeza berbanding ketika menang besar menentang Melaka United pada minggu lepas,” katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis

Untuk rekod, kedua-dua pasukan ini pernah bertembung sesama mereka sebanyak tujuh kali dengan Selangor mempunyai kelebihan apabila menang sebanyak tiga kali namun tewas dalam dua perlawanan terakhir.

Dalam pada itu, Cheng Hoe mengesahkan semua pemain cergas untuk diturunkan kecuali Shahrel Fikri yang mengalami keracunan makanan.

Katanya, beliau masih menunggu laporan pihak perubatan sama ada pemain berusia 27 tahun itu cergas untuk diturunkan atau tidak.

“Setakat ini, semua pemain berada dalam keadaan baik dan tiasa kec3deraan. Cuma seorang sahaja iaitu Shahrel Fikri yang tidak sihat akibat keracunan makanan.

sumber:-SH

“Apapun, saya akan tunggu laporan perubatan baru kita boleh pastikan sama ada dia akan bermain lawan PJ atau tidak,” ujarnya