Selepas mencipta sejarah mara ke final Piala AFC, Kuala Lumpur (KL) City kini memiliki peluang terbaik untuk melakar sejarah lebih besar dengan menjuarai kejohanan itu buat kali pertama.
Ia susulan aksi final berdepan kelab Oman, Al Seeb pada 22 Oktober ini akan berlangsung di gelanggang keramat KL City iaitu Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor John kepada BH Sukan, semalam.
Aksi di gelanggang sendiri itu mungkin memberi sedikit kelebihan buat KL City, namun ia bukan jaminan utama untuk anak buah Bojan Hodak berdepan laluan mudah mendakap trofi Piala AFC.
Apa yang pasti, City Boys bakal mengharungi tugas lebih berat berbanding cabaran sepanjang perjalanan mereka menuju ke final Piala AFC kerana Al-Seeb yang juga juara Liga Oman itu bukan calang-calang pasukan.
Al-Seeb dilihat mengamalkan corak permainan lebih kepada meny3rang dan mereka juga mara ke final dengan bergaya selepas membelasah juara 14 kali Liga Perdana Bahrain, Al-Riffa 4-0 di final Zon Barat.
Hodak bagaimanapun memberi bayangan bahawa tidak banyak perubahan dari segi taktikal yang akan direncanakan buat KL City untuk berdepan Al-Seeb.
Tugas saya sebagai jurulatih untuk cuba menyekat mereka (lawan), cuba mengurangkan peluang mereka. Kami lakukan perkara itu ketika berdepan kelab Vietnam (Viettel FC), India (Mohun Bagan) dan PFC Sogdiana.
Jadi, perkara sama yang akan cuba dilakukan berdepan kelab Oman. Berdepan pasukan yang bermain corak meny3rang, anda mempunyai ruang untuk melakukan s3rangan balas.
sumber:- BH
“Kami akan cuba mencari kelemahan mereka dan berusaha menjaringkan gol,” kata Hodak yang membantu KL City menamatkan penantian 32 tahun untuk menjulang Piala Malaysia tahun lalu.