sukan

Pengganti Cristiano Ronaldo

Skuad pemantau Manchester United dilaporkan terpukau dengan kehebatan peny3rang RB Salzburg, Benjamin Sesko.

The Red Devils kini mempertimbangkan untuk mengikat peny3rang berketinggian 1.95 meter itu selepas Cristiano Ronaldo dikatakan mahu meninggalkan pasukan itu pada musim panas lalu.

Namun, Ronaldo kekal di Od Trafford manakala Sesko menyatakan komitmen bersama RB Leipzig pada penghujung musim ini.

Menurut 90min, United masih berminat dengan peny3rang berusia 19 tahun itu walaupun sedar RB Leipzig akan meletakkan harga yang tinggi untuk mengaut keuntungan.

Bukan sahaja United malah beberapa pasukan seperti Chelsea dan Bayern Munich dikatakan turut berminat untuk mendapatkan pemain itu.

Chelsea mahu menyelesaikan masalah jentera s3rangan bagi jangka masa panjang sementara Bayern Munich mahu mendapatkan pengganti Robert Lewandowski yang menyertai Barcelona.

sumber:-BH

Sesko sudah mel3dak lima gol dalam 15 penampilan bersama RB Salzburg – 11 gol dalam 37 penampilan sepanjang musim lalu serta empat gol dalam 15 penampilan bersama Slovenia. -AGENSI