sukan

Fifa tidak akan mengenakan hukuman

Presiden Indonesia, Joko Widodo berkata Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) tidak akan mengenakan hukuman penggantungan susulan tragedi rusuhan bola sepak yang meng0rbankan 131 nyawa di Stadium Kanjuruhan, Sabtu lalu.

Katanya lagi, kerajaan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bola sepak untuk meningkatkan standard keselamatan stadium.

Beliau menambah Presiden Fifa, Gianni Infantino akan melakukan lawatan pada bulan ini atau November.

“Alhamdulillah, bola sepak Indonesia tidak akan dikenakan penggantungan oleh Fifa dan Fifa bersama-sama dengan Pemerintah akan membentuk pasukan transformasi bola sepak Indonesia,” katanya dalam satu mesej menerusi rakaman video.

Sementara itu, rakyat Indonesia berhimpun untuk solat Jumaat semalam bagi meratapi 131 orang yang terkorban enam hari lalu di tengah-tengah desakan supaya siasatan segera dijalankan terhadap salah satu tragedi stadium paling buruk di dunia.

Kebanyakan mereka yang terbvnuh selepas perlawanan di bandar Malang, di wilayah Jawa Timur, meninggal dunia akibat sesak nafas, terperangkap dalam keadaan panik ketika mereka cuba melarikan diri.

Ia selepas polis melepaskan gas pemedih mata dalam usaha untuk menyuraikan orang ramai yang bergaduh.

Di Masjid Al Fatih dekat Malang, seorang pendakwah Islam mengetuai bacaan tahlil.

sumber:-HM

“Ramai penyokong menuntut kes itu diselesaikan segera supaya roh mereka yang terkorban dapat berehat dengan tenang,” kata peminat bola sepak berusia 53 tahun, Widodo selepas menyertai acara doa itu.