sukan

Indonesia penentu nasib Malaysia

Perlawanan terakhir Kumpulan B Kelayakan Piala Asia Bawah 17 tahun (B-17) bertemu Indonesia mala esok, boleh dianggap sebagai ‘hidvp atau mat!’ pasukan muda negara dalam usaha menempah slot ke peringkat seterusnya.

Berdasarkan kedudukan terkini Kumpulan B, pasukan muda negara berada di tangga kedua dengan tujuh mata manakala Indonesia pula di tempat pertama selepas mengumpul sembilan mata.

Beraksi di Stadium Pakansari, Bogor, sudah pastinya Indonesia mempunyai kelebihan di tempat sendiri, sekali gus menuntut barisan ‘ubi muda’ negara bekerja keras bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

Aksi sengit pasti disajikan terutama selepas kedua-dua pasukan terbabit belum lagi tewas sepanjang kempen kelayakan yang berlangsung di Cibinong itu.

Situasi itu diakui pengendali skuad B-16 negara, Osmera Omaro yang turut melabel skuad ‘Garuda Muda’ itu sebagai pilihan menjelang aksi getir malam esok.

Indonesia adalah pasukan pilihan dan mereka memiliki pemain yang bagus. Walaupun beraksi tanpa kehadiran penyokong, status sebagai tuan rumah memberikan motivasi yang baik untuk mereka.

“Jadi kita turun sebagai pasukan bukan pilihan, namun lihat bola itu bulat dan apa saja boleh berlaku,” katanya.

sumber:- HM

Sebagai rekod, bagi penentuan naib juara terbaik ketika ini, enam pasukan terikat dengan tiga mata, namun Malaysia berada pada kedudukan kelima menerusi perbezaan jaringan.