sukan

Kedah kalah lagi

Negeri Sembilan FC (NSFC) kembali mendapat rentak kemenangan apabila menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) FC, 4-3 dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini.

Kemenangan ke-11 yang diraih skuad Hobin Jang Hobin itu membolehkan pasukan itu terus bersaing dengan Terengganu FC (TFC) dan Sabah FC bagi memburu slot ke saingan Piala AFC musim depan.

Pada permulaan aksi, NSFC dilihat menerima tekanan dengan jentera serangan dan tengah KDA FC menguasai perlawanan serta berjaya melakukan percubaan ke arah pintu gol tuan rumah.

Pada minit ke-17, Kedah hampir mendapatkan gol pertama, namun sepakan bola mati dari jarak kira-kira 25 meter yang diambil Mahmoud Al-Mardi terkena palang.

Menerusi s3rangan pantas dari sebelah kiri, Matheus Alves bijak memperdayakan bahagian pertahanan KDA FC apabila mel3dak gol pertama pada minit ke-25, sekali gus menewaskan penjaga gol pelawat itu, Mohd Shahril Saari.

Kedudukan itu bagaimanapun tidak lama apabila skuad Helang Merah meraih gol penyamaan.

Hasil gerakan satu dua dengan Ronald Ngah, Mahmoud menolak mudah bola ke gawang Negeri Sembilan pada minit ke-45.

NSFC memperoleh gol kedua kedua menerusi jaringan Gustavo Dos Santos pada minit ke-58.

Tuan rumah terus melebarkan penguasaan pada minit ke-65 menerusi jaringan pemain gantian Sean Eugene Selvaraj dan disusuli gol keempat jaringan Gustavo dos Santos, empat minit kemudian.

sumber:- HM

Bagaimanapun, KDA FC merapatkan jurang menerusi gol kedua dan ketiga dijaringkan Sanrawat Dechmitr dan Marcos Vales Gonzales pada minit ke- 82 dan 89.