sukan

Risau ada atur perlawanan

Undian Piala Malaysia 2022 menyaksikan kesemua pasukan Liga Super kecuali juara, Johor Darul Ta’zim (JDT), boleh merancang memilih pasukan mana yang mahu ditemui dalam aksi pusingan 16 terbaik kelak.

Situasi itu secara tidak langsung didakwa mewujudkan persaingan tidak sihat kerana ada pasukan akan mencatur strategi masing-masing untuk mengelak berdepan lawan yang kuat dalam aksi timbal balik itu nanti.

Malah, pengendali Kuching City FC, Irfan Bakti Salim, berkata undian ‘separuh masak’ itu bakal memberi kelebihan kepada mana-mana pasukan untuk mencongak langkah lebih jauh dalam kempen Piala Malaysia musim ini.

Saya sebenarnya tidak faham apa keperluan MFL buat undian Piala Malaysia lebih awal tetapi ada pasukan yang bertanding masih belum mengetahui lawan yang mereka akan jumpa.

Awalnya saya difahamkan pasukan-pasukan bertanding akan tahu lawan mereka sejurus selepas tamat Liga Super, yang mana undian semalam (Khamis) berdasarkan kedudukan akhir setiap pasukan.

Bagi saya, ini akan beri kelebihan terutama pasukan Liga Super kerana boleh merancang siapa lawan mereka. Sebagai contoh, kalau kita lihat kedudukan di Liga Super ketika ini, selain JDT, semua pasukan mampu untuk ubah kedudukan.

Jadi, saya risau mungkin akan berlaku persaingan tidak sihat sebab ada pasukan boleh mengatur perlawanan bagi mengelak jumpa lawan yang kuat, katanya.

MFL mengambil pendekatan unik apabila menjalankan undian Piala Malaysia 2022 lebih awal, sekali gus menyaksikan pasukan Liga Super kecuali JDT hanya akan mengetahui siapa lawan mereka selepas liga berakhir.

Berbeza dengan lima pasukan Liga Premier, mereka sudah mengetahui kedudukan masing-masing, namun lawan akan ditemui daripada pasukan Liga Super dilihat masih ‘mist3ri’.

sumber:- SA

Dalam pada itu, Irfan menegaskan, undian Piala Malaysia yang dijalankan secara maya di laman rasmi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) turut menjejaskan persiapan pasukannya terutama dari[ada segi logistik.