sukan

JDT hampiri angka 100

Juara Liga Super yang baru ditabalkan, Johor Darul Ta’zim (JDT) tampak berada pada landasan yang tepat untuk mel3dak 100 gol sepanjang musim ini.

Berdasarkan satu hantaran pada akaun Facebook, Johor Southern Tigers, skuad bimbingan Hector Bidoglio yang sudahpun beraksi dalam empat pertandingan setakat ini berjaya mel3dak 92 gol.

Justeru, hanya lapan gol lagi diperlukan mereka untuk mencecah angka ke-100 dan ia boleh dilengkapkan dalam dua baki aksi Liga Super serta saingan Piala Malaysia, hujung bulan ini.

Jentera s3rangan mereka jelas paling berbisa apabila menyumbangkan kira kira 76 peratus daripada keseluruhan jaringan JDT pada musim ini.

Ini selepas 70 gol dijaringkan bahagian serangan mereka, disusuli 16 gol daripada pemain tengah manakala masing-masing empat daripada pertahanan dan dua jaringan sendiri.

Striker Brazil, Bergson da Silva membuktikan dia berada dalam kelas tersendiri apabila menjaringkan 35 gol setakat ini disusuli Fernando Forestieri (21 gol).

Bintang muda sedang meningkat, Arif Aiman Hanapi dan Leandro Velazquez masing masing menghasilkan enam gol sementara Safawi Rasid dengan tiga gol

Dua gol dijaringkan Ahmad Hazwan Bakri, Nazmi Faiz Mansor, Mohamadou Sumareh, Syahmi Safari serta Afiq Fazail. Sembilan pemain pula menyumbang satu gol buat JDT setakat ini.

sumber:- BH

Sebagai rekod, skuad Harimau Selatan menjadi antara pasukan paling ‘sibuk’ selepas beraksi dalam sainngan Piala Sultan Haji Ahmad Shah, beraksi dalam final Piala FA serta melepasi peringkat kumpulan Liga Juara Juara Asia (ACL).

Mereka turut beraksi 22 perlawanan Liga Super selain akan turut bertanding dalam Piala Malaysia.