sukan

Pendahulu Liga akhirnya dipintas

Manchester City kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas membelasah Southampton 4-0 semalam ketika Erling Haaland terus men3mbusi gawang lawan dalam 10 perlawanan berturut-turut manakala Chelsea menewaskan Wolves 3-0 di Stamford Bridge.

Joao Cancelo, Phil Foden dan Riyad Mahrez menjaringkan gol untuk skuad Pep Guardiola sebelum Haaland melengkapkan kemenangan bergaya di Stadium Etihad.

Haaland sudah meledak 20 gol dalam 12 aksi kompetitif pertamanya sejak berpindah dari Borussia Dortmund dengan harga £51 juta (RM263 juta).

Dibantu ketajaman striker Norway itu, City muncul kelab pertama menjaringkan sekurang-kurangnya tiga gol dalam sembilan perlawanan berturut-turut di tempat sendiri sejak Wolves melakukannya pada 1959.

Juara bertahan itu kini dua mata di depan Arsenal yang akan menentang Liverpool malam ini.

Skuad Guardiola juga hanya tewas sekali dalam 37 aksi terakhir liga dan berada pada landasan tepat memburu gelaran liga kelima dalam enam musim terakhir.

City sudah mel3dak 24 gol dalam enam perlawanan terakhir, menang lapan daripada sembilan perlawanan dalam semua kejohanan.

Sementara itu di Stamford Bridge, Chelsea meraih kemenangan ketiga daripada empat perlawanan sejak dikendalikan pengurus baharu Graham Potter yang menggantikan Thomas Tuchel.

Potter melakukan tujuh pertukaran daripada skuad yang menewaskan AC Milam dalam aksi Liga Juara-Juara pertengahan minggu dengan Reece James, Raheem Sterling dan Pierre-Emerick Aubameyang antara yang direhatkan.

sumber:- HM

Chelsea membuka tirai jaringan menerusi Kai Havertz sejurus sebelum rehat manakala Christian Pulisic dan Armando Broja melengkapkan kemenangan bergaya untuk melonjakkan mereka ke tangga keempat.