Berbaki dua perlawanan Liga Super, Johor Darul Ta’zim menyifatkan aksi kedua-dua perlawanan yang bakal diharungi ibarat final tatkala mengidamkan untuk mempertahankan rekod tanpa kalah sepanjang saingan liga pada musim ini.
Sudah pasti aksi men3ntang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menjadi misi utama skuad kendalian Hector Bidoglio mengekalkan rentak kemenangan apabila melayani kunjungan anak didik Aidil Shahrin Ishak di Stadium Sultan Ibrahim, malam esok.
Bagaimanapun pengendali kelahiran Argentina itu tampak mahu bersikap berhati-hati apabila melayani kunjungan skuad Kenari dalam usaha memburu kemenangan dan mengakui pasukan lawan semestinya ingin bangkit selepas tewas 1-3 pada aksi di Stadium Darul Aman, 4 Oktober lalu.
Seperti yang anda tahu, kami tidak dapat menurunkan Bergson (da Silva) dan Shane (Lowry) malah saya juga belum dapat pastikan sama ada Leandro (Velazquez) cergas sepenuhnya untuk diturunkan selepas mengalami kec3deraan ketika men3ntang Sri Pahang FC.
“Pada masa sama, masih ada baki dua perlawanan selepas ini dan aksi men3ntang Kedah amat penting buat kami malah berharap pemain dapat mengekalkan prestasi,” katanya.
Walaupun beliau tampak agak kecewa selepas skuad Harimau Selatan hanya mampu mengutip satu mata apabila sekadar seri tanpak jaringan dengan Sri Pahang FC pada aksi Jumaat lalu tapi menanggap ianya sudah surat memandangkan barisan pemainnya terpaksa beraksi di padang yang bccak dan sukar untuk mengawal bola.
Apapun, kegagalan melakar kemenangan tampak segera dilupakan tatkala barisan pemain skuad Harimau Selatan memberi tumpuan membuat persiapan berdepan skuad Kenari dan dijangka akan menrunkan kesebelasan utama terbaik mengharuni 90 minit permainan.
Kelibat Fernando Forestieri bakal menjadi taruhan terbaik bagi mengg3mpur benteng KDA FC dan kelicikan Arif Aiman Hanapi akan terus diharapkan untuk bergerak di posisi sayap kanan sambil barisan pemain tengah menjadi nadi utama menjana gerakan.
sumber:- HM
Namun benteng pertahanan Harimau Selatan harus mempertingkatkan corak permainan bagi memastikan benteng tidak mudah roboh menerusi serangan pantas Ronald Ngah Wanja yang mampu beri ancaman terhadap kubu anak didik Bidoglio.