sukan

Komen Erik ten Hag selepas Ronaldo cipta gol ke 700

Erik ten Hag berharap gol ke-700 Cristiano Ronaldo untuk kelab dalam kariernya mampu meningkatkan kembali prestasinya selepas bintang Portugal itu menjaringkan gol kemenangan ketika Manchester United menewaskan Everton 2-1, hari ini.

Pemenang Ballon d’Or lima kali itu terpaksa membiasakan diri memanaskan bangku simpanan di bawah bimbingan Ten Hag selepas hanya sekali disenaraikan dalam kesebelasan utama di saingan Liga Perdana musim ini.

Ronaldo sekali lagi diletakkan di bangku simpanan tetapi dimasukkan lebih awal selepas kec3deraan menimpa Anthony Martial.

Pemain berusia 37 tahun itu memanfaatkan peluangnya sejurus sebelum separuh masa pertama untuk memberikan United tiga mata berharga.

Setiap pemain memerlukannya (keyakinan), walaupun anda adalah yang terbaik di dunia.

Saya bekerja dengan ramai penjaring gol dan mereka memerlukan gol pada setiap musim untuk mempunyai perasaan seperti itu.

“Apabila mereka dapat menjaringkan beberapa gol, permainan mereka akan menjadi lebih mudah. Ia juga akan berlaku kepada Ronaldo,” kata Ten Hag.

Red Devils yang mahu bangkit selepas dibelasah 3-6 oleh Manchester City hujung minggu lalu, bagaimanapun bermula buruk selepas Alex Iwobi meletakkan Everton di depan seawal lima minit pertama permainan.

sumber:- HM

Antony bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan minit ke-15 selepas menerima hantaran cantik daripada Martial sebelum Ronaldo meledak gol kemenangan minit ke-44.