Nampak mudah namun sebenarnya perlawanan menentang Indonesia dalam aksi terakhir kumpulan B Kelayakan Piala Asia Bawah 17 (B-17) boleh dikatakan antara yang paling sukar untuk diharungi skuad muda negara itu.
Tonggak skuad bawah 16 tahun (B-16) negara, Muhammad Anjasmirza Saharudin berkata, walaupun berjaya mencipta kemenangan menerusi jaringan besar, namun Indonesia pasukan cukup sukar untuk dijinakkan apabila kerap melakukan s3rangan berbahaya ke kubu negara.
Malah, Anjasmirza berkata, dia cukup berdebar untuk ‘berentap’ dengan Indonesia selepas pasukan terbabit menunjukkan prestasi cemerlang terutama merekodkan jaringan besar dalam saingan kumpulan B.
“Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu dan bapa selain rakan yang banyak menyokong sepanjang saingan kelayakan ini.
“Indonesia bukan pasukan yang mudah untuk dikalahkan, malah untuk menjaringkan gol juga agak susah. Oleh itu, saya cukup hormati Indonesia.
“Jika diikutkan mendebarkan juga untuk datang ke stadium menentang Indonesia. Namun, bola itu bulat apa pun boleh terjadi dan alhamdulillah kami menang 5-1,” katanya.
Pada perlawanan malam tadi skuad kendalian Osmera mempamerkan taring mereka apabila membelasah Indonesia 5-1 pada perlawanan terakhir kumpulan B Kelayakan Piala Asia B-17 di Stadium Pakansari.
Jelas sekali rekod tanpa kalah pasukan yang rata-rata dibarisi pemain Akademi Mokhtar Dahari (AMD) mengesahkan tiket empat ke Piala Asia B-17 2023 apabila menjuarai kumpulan B dengan 10 mata.
Dua jaringan pasukan negara disumbangkan Arami Wafiy manakala Zainurhakimi ZainAnjasmirza dan Afiq Danish Zulkifli masing-masing menyumbat satu gol.
Gol saguhati pasukan tuan rumah pula dijaringkan Arkhan Kaka Putra pada masa tambahan separuh masa kedua.
sumber:-HM
Keputusan itu juga menyaksikan skuad B-16 negara sudah lima kali beraksi di pentas Piala Asia B-17 dengan kali terakhir menempah tiket pada 2018.
Rekod terbaik skuad muda negara adalah dibawah kendalian S Balachandran apabila berjaya melangkah ke peringkat suku akhir pada 2014 yang berlangsung di Thailand sebelum tewas kepada Australia 1-2.