sukan

Rekod baharu yang mampu dicipta JDT

Juara Liga Super sembilan kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) dilihat mampu mencipta sejarah baharu menerusi rekod tanpa kalah dalam saingan bola sepak domestik.

Ketika ini, JDT yang sudah menjulang Piala FA hanya mempunyai dua halangan untuk menghabiskan baki saingan Liga Super, selain menempuh ‘perjalanan’ Piala Malaysia tanpa kekalahan, sekali gus menjadikan tahun ini adalah milik pasukan di selatan tanah air itu.

JDT sudah pastinya mahu memahat nama sebagai pasukan ketiga memenangi gelaran ‘treble’ dengan kali terakhir dilakukan oleh Kelantan, 10 tahun lalu.

Menurut jurulatih berpengalaman, Reezal Zambery Yahya, JDT sudah berada dalam kelas tersendiri, sekali gus mampu melakukan sesuatu yang dianggap mustahil oleh pihak tertentu.

sumber:-HM

Beliau yang juga bekas pemain kebangsaan berkata, rekod tanpa kalah dalam perlawanan domestik boleh direalisasikan JDT apabila mereka mempunyai ‘material’ berkualiti selain pengurusan pasukan yang sistematik, sekali gus mampu memastikan skuad Harimau Selatan mengekalkan rekod tanpa kalah sehingga ke saingan Piala Malaysia kelak.