sukan

Aksi getir di gelanggang ‘keramat’ JDT

Kedah Darul Aman FC sedar tugas getir menanti mereka apabila bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim malam ini untuk berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi Liga Super.

Pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak berkata mereka sudah sedia bertemu juara liga berkenaan meskipun masih keletihan selepas dua hari lalu berdepan dengan Negeri Sembilan FC (NSF) di Paroi.

Aksi berkenaan ditangguhkan berikutan padang Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi ditakungi air pada hari perlawanan akibat hujan lebat.

Kami sedar bakal melalui cabaran paling sengit di tempat lawan pada kali ini yang membabitkan tahap kecergasan terbaik.

“Sudah pasti aspek kecergasan akan menjadi fokus utama untuk memastikan pemain yang dipilih dapat memberi komitmen diharapkan dari segi konsistensi kerana kita sedar akan t3ntangan bakal dihadapi berdepan JDT,” katanya menjelang pertemuan dengan JDT.

Aidil bagaimanpun tetap memasang impian skuadnya mampu memberi aksi terbaik dengan mencari keputusan positif selepas mencatat tiga kekalahan sebelum ini.

sumber:- BH

“Cabaran tetap ada di mana-mana dan walau dengan siapa kita berdepan sekalipun. Namun saya perlu ingatkan semua pemain agar dapat beraksi dengan mentaliti kuat biarpun terpaksa berdepan tugas getir,” katanya.