sukan

‘Anak Harimau’ mula cipta kejutan

Kejayaan layak ke pusingan akhir Piala Asia bawah 17 (B-17) 2023 selepas menundukkan Indonesia 5-1 dalam aksi terakhir kelayakan di Bogor, kelmarin boleh dianggap seperti l3tusan b0m jangka yang sudah dipasang skuad B-16 tahun negara.

Mungkin ramai juga tidak menjangkakan anak buah Osmera Omaro mampu mengalahkan Indonesia di gelanggang mereka sendiri terutama selepas skuad Garuda mempamerkan prestasi cemerlang sepanjang kempen kelayakan.

Membuka tirai kejohanan dengan kemenangan besar 14-0 ke atas Guam sebelum menewaskan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 3-2 dan menang 2-0 ke atas Palestin meletakkan Indonesia sebagai pasukan pilihan untuk muncul juara Kumpulan B sekali gus layak ke pusingan akhir.

Namun, tiada siapa sangka skuad muda Harimau Malaya berjaya mencetuskan s3nsasi apabila barisan pemain Osmera seakan memukau skuad Garuda untuk mencuri tiga mata dan layak ke pusingan akhir Piala Asia B-17 tahun depan selaku juara kumpulan.

Lokasi kejohanan setakat ini bagaimanapun masih belum diputuskan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Kejayaan sensasi itu juga menyaksikan skuad negara berjaya menutup sepenuhnya mulut pengkritik selepas mereka dikritik hebat ketika sekadar terikat 1-1 berdepan Guam, Rabu lalu.

Berdasarkan kenyataan Osmera selepas aksi kelmarin, persembahan kurang baik anak buahnya ketika berdepan Guam disengajakan dan ia menjadi sebahagian daripada taktikal memerangkap UAE dan Indonesia.

Hasilnya skuad negara berjaya menewaskan UAE 3-2 sebelum mengatasi Indonesia dengan enam mata yang dihimpun dalam dua perlawanan besar itu menjadi ‘modal’ anak buah Osmera mendapatkan tiket ke pusingan akhir Piala Asia B-17.

Osmera juga mengakui bahawa barisan kejurulatihan sudah membuat ‘r!sikan’ mengenai kelemahan Indonesia dalam memerangkap skuad Garuda dan usaha itu terbukti berhasil dengan keputusan yang diraih di Stadium Pakansari, Bogor, Indonesia, kelmarin.

“Apa yang terjadi di Piala AFF sebelum ini tiada kena mengena dengan (kelayakan) AFC (Piala Asia B-17). Di AFC ini boleh dikatakan kami sengaja tidak mahu menunjukkan kebolehan sebenar lawan Guam. Cuma saya boleh bagi tahu kami bukan nak seri, kami nak menang 1-0, kebetulan Guam dapat gol di hujung permainan.

Ada beberapa perkara yang kami buat dan pada hari ini ia menjadi. Mungkin juga pasukan Indonesia terperangkap dengan cara kami bermain dan kami sudah lama tengok pasukan mereka sebab kami hormati mereka sebagai pasukan yang bagus.

“Kami bekerja keras untuk mengenalpasti mana (ruang) kami boleh masuk dan ternyata ia memberi hasil yang baik. Biasanya saya tak akan puji pemain, tapi hari ini saya boleh cakap persembahan paling terbaik dari mereka,” kata Osmera.

Berdasarkan persembahan kelmarin, taktikal s3rangan balas menjadi kunci pasukan negara memerangkap Indonesia walaupun skuad Garuda dlihat lebih menguasai permainan.

sumber:- BH

Selain itu, aksi tanpa penonton juga menjadi salah satu faktor skuad negara tidak berdepan tekanan tambahan walaupun terpaksa berdepan pasukan tuan rumah dalam aksi penentuan juara kumpulan itu.