sukan

Sekelip mata Nasib Harimau muda berubah

Apabila skuad kendalian Osmera Omaro hanya mampu seri dengan Guam dalam saingan Kumpulan B kelayakan Piala Asia B-17 2023 di Bogor, Indonesia sebelum ini ada segelintir peminat-peminat bola sepak Malaysia yang mula mempertikaikan kualiti skuad ini.

Seolah-olah tidak yakin dengan kemampuan Harimau Muda ini sebelum berhadapan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Indonesia.

Namun, skuad Harimau muda telah buktikan kepada mereka tiada yang mustahil dalam bola sepak selagi bekerja keras sebagai satu pasukan dan bermain sepenuh jiwa untuk mengharumkan nama negara.

Apa yang menarik tentang skuad Osmera ini apabila mereka berjaya merealisasi impian ke Piala Asia B-17 2023 secara merit dan yang lebih menarik mereka telah menunjukkan satu permainan yang berkuliti tinggi dengan falsafah dan identiti bola sepak Malaysia.

Mereka begitu tenang walaupun dalam tekanan, mereka bermain dengan hantaran-hantaran pendek dan melakukan transisi pantas untuk memerangkap lawan. Itu boleh dilihat daripada kesemua jaringan yang dilakukan pada pertemuan dengan sang Garuda semalam dan lebih membanggakan skuad kendalian Osmera ini tidak pernah tewas sepanjang bermain di peringkat antarabangsa.

Kekuatan mental dan fizikal banyak membantu skuad ini selain kata-kata motivasi yang diberikan oleh semua pasukan kejurulatih dan pengurusan skuad Harimau Muda yang telah berjaya mempengaruhi anak didik mereka untuk terus berjuang dari permulaan permainan hingga wisel penamat dibunyikan.

Faktor itu ia juga ia telah membawa satu nafas baru pada era bola sepak moden di negara kita kerana kejayaan yang mereka kecapi ini telah berjaya merubah sedikit minda peminat untuk terus mempercayai ekosistem yqng telah diwujukan Majlis Sukan Negara (MSN), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melalui Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP).

Dan untuk pengetahuan peminat-peminat bola sepak negara juga, skuad kendalian Osmera itu kebanyakkan pemain-pemainnya telah disatukan semenjak mereka berumur 10 tahun dan 11 tahun di bawah kendalian dan pemerhatian Pengarah Teknikal NFDP, Saad Ichalalene, dan dibantu pencari bakat, Abdi Hassan.

Ini membuatkan pemain-pemain Harimau Muda ini telah memahami antara satu sama lain dan telah mewujudkan persefahaman yang baik.Ia telah memberi banyak kelebihan pada skuad kendalian Osmera ini.

sumber:- SA

Sekali lagi penulis ucapkan terima kasih kepada semua yang terkibat dengan pasukan ini terutama pengurusan Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari (AMD),Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang memastikan misi ke Piala Asia B-17 2023 berjaya.