Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio memuji semangat juang pemainnya yang bangkit menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 4-1 pada aksi saingan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi.
Kini skuad bergelar Harimau Selatan itu hanya memiliki baki satu perlawanan apabila melayan kunjungan Sabah FC di laman sendiri, Sabtu ini bagi mencipta sejarah rekod tanpa kalah buat pertama kali sepanjang musim ini.
Apapun, pengendali kelahiran Argentina itu mengakui aksi babak pertama tampak berdepan kesukaran untuk mencipta jaringan walaupun menguasai permainan dan melakukan percubaan berbahaya malah dua peluang terbaik membuka tirai jaringan sekadar terkena palang gol.
“Kami menguasai keseluruhan permainan pada babak pertama dan ketika saya lihat pemain gementar apabila beraksi di padang kerana berada dalam tekanan dan tidak dinafikan agak sukar menembusi benteng lawan yang meletakkan sembilan pemain berkampung di kawasan mereka.
“Gol Kedah berpunca daripada salah faham apabila Matthew (Davies) menjangkakan bola yang keluar memihak JDT dan bukan Kedah dan ketika itu pemain lawan ambil kesempatan membaling bola dan di situ ruang luas ditinggalkan membolehkan pemain nombor 18 Kedah (Ronald Ngah Wanja) pantas menyusup masuk ke dalam kotak penalti dan menjaringkan gol.
“Apabila memasuki babak kedua, pemain mula tunjuk karaktor yang positif dan beraksi dengan tenang untuk menguasai permanan dengan corak permainan berintensiti tinggi bagi memberi tekanan terhadap benteng lawan dan ia memberi pulangan lumayan apabila gol demi gol terhasil,” katanya.
sumber:-BH
Bidoglio juga menegaskan corak permainan yang dipratikkan Sang Kenari hampir memerangkap JDT yang sering melakukan serangan tapi lawan yang gemar melakukan serangan balas dengan mengumpan bola jauh memaksa barisan tengah dan pemain pertahanan JDT perlu bekerja keras bagi mengelak pemain lawan menyusup masuk ke dalam kotak penalti.
BERITA BERKAITAN