sukan

TFC berjaya benam KL City di Cheras

Terengganu FC (TFC) terus menekan dua lagi pencabar dalam pemburuan naib juara Liga Super apabila menewaskan Kuala Lumpur City FC (KL City) dengan 2-1 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi.

Kemenangan itu cukup berharga buat Terengganu yang kini mengumpul 41 mata, sama dengan Negeri Sembilan FC (NSFC) dan hanya ketinggalan satu mata di belakang Sabah FC, dengan masing-masing hanya berbaki satu aksi.

Manakala hajat KL City untuk melakar kemenangan di depan penyokong sendiri tidak kesampaian, sekali gus kekal di pertengahan liga dengan 29 mata.

KL City yang mara ke pentas final Piala AFC dan akan bertemu kelab dari Oman, Al Seeb pada 22 Oktober ini membuat dua pertukaran dengan merehatkan Declan Lambert dan Giancarlo Gallifuoco.

Sebaliknya, Muhammad Mohd Faudzi dan Anwar Ibrahim diberi kepercayaan untuk mengemudi benteng pertahanan skuad The City Boys.

Begitupun, pelawat tampil lebih menyengat dan percubaan Habib Haroon di luar kotak penalti yang ditolak Kevin Mendoza di minit ke-13 adalah amaran awal anak didik Nafuzi Zain itu.

Ketika TFC asyik meny3rang, tandukan Zhafri Yahya hampir membuka tirai jaringan buat tuan rumah di minit ke-32 selepas memanfaatkan sepakan percuma Paulo Josue, namun tandukannya itu sekadar menggegar tiang gol.

Gawang tuan rumah akhirnya bocor di minit ke-39 apabila Manuel Ott untuk meletakkan TFC 1-0 selepas sepakan sudut.

Sebelum wisel babak pertama ditiupkan, pelawat menambah gol kedua hasil tandukan ketua pasukan, Kipre Tchetche yang mendapat umpanan cantik Nik Sharif Haseefy.

KL City kembali menyusun rentak di babak kedua dan Romel Morales merapatkan kedudukan di minit ke-63, sekali gus menaikkan motivasi pemain tuan rumah.

sumber:- HM

TFC akan berkunjung ke Alor Setar berdepan Kedah Darul Aman FC Sabtu ini, sementara KL City akan men3ntang Petaling Jaya City di Kelana Jaya.