sukan

Tidak mustahil Malaysia ke Piala Dunia 2023

Selepas mara ke pusingan akhir Piala Asia Bawah 17 tahun (B-17), pengendali skuad B-16 kebangsaan, Osmera Omaro kini memasang impian besar untuk membawa skuadnya layak ke saingan Piala Dunia 2023.

Beliau yang juga jurulatih Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) dan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) bagaimanapun mengakui misi ke Piala Dunia di Peru itu sesuatu yang sukar, namun tidak mustahil.

Empat pasukan terbaik atau berjaya mara ke separuh akhir di Piala Asia B-17 akan mendapat slot ke Piala Dunia B-17 2023. Pada saingan pusingan akhir yang dijadual pada Mei itu, sebanyak 16 pasukan bakal berentap.

Selain Malaysia, negara lain adalah Jepun, Qatar, Arab Saudi, Yaman, Vietnam, Australia, Tajikistan, Iran, Uzbekistan, Korea Selatan, China, Afghanistan, India, Thailand dan Laos.

Pun begitu, Osmera berharap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terlebih dulu dapat menyambung kontraknya sebagai ketua jurulatih skuad berkenaan bagi melakukan persiapan rapi menghadapi Piala Asia B-17, tahun depan.

Pertama sekali harap lantikan saya disambung. Kedua, kita harap dapat cipta sejarah sebagai pasukan pertama layak ke Piala Dunia secara merit. Walaupun misi itu nampak mustahil, tapi kita perlu cuba.

Orang kata kalau kita sasar ke bulan, paling kurang kita akan jatuh ke bintang. Jadi jika saya dilantik, kita akan cuba buat yang terbaik sebab kalau kita tengok 16 pasukan yang layak (ke Piala Asia B-17), tak ada perlawanan yang mudah.

Maksudnya semua perlawanan mencabar dan memerlukan persiapan yang lebih rapi. Kalau kita tengok sekarang sudah Oktober, kejohanan itu Mei, masa itu bukanlah terlalu panjang

Untuk pasukan ini walaupun sekarang kita nampak cemerlang, tapi dari pandangan mata saya, masih banyak lagi aspek yang kita perlu perbaiki.

“Jadi salah satu pendedahan adalah dengan men3ntang pasukan yang lebih kuat, mungkin kita kena buat kem di Timur Tengah atau Jepun untuk dapatkan lagi perlawanan yang intensiti sama dengan kejohanan,” katanya.

sumber:- BH

Osmera berjaya membimbing skuad negara layak ke Piala Asia B-17 tahun depan selepas muncul juara Kumpulan B dalam kempen kelayakan di Bogor, Indonesia yang berakhir kelmarin.