sukan

Saya datang awal untuk persiapan

Ketua jurulatih Selangor, Tan Cheng Hoe berharap barisan pemain muda skuadnya dapat memberikan aksi lebih baik dalam baki saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Bekas pengendali skuad Harimau Malaya itu menjelaskan bahawa pemain muda perlu menetapkan keyakinan lebih tinggi dalam diri mereka untuk memberikan aksi yang terbaik terutama dalam perlawanan penting.

Malah, persembahan yang ditampilkan semua pemain sangat penting kerana Cheng Hoe ketika ini juga sedang membuat ‘saringan’ pemain dalam skuad itu yang akan dikekalkan untuk musim depan.

Sebagai jurulatih, saya berasa masih banyak lagi perlu kami perbaiki. Apa yang nampak positif pemain menunjukkan komitmen cukup tinggi dan mereka juga komited dalam perlawanan dan latihan.

Rata-rata pemain muda perlu meningkatkan persembahan mereka apabila berada dalam mana-mana perlawanan penting dengan mereka perlu lebih fokus dan lebih yakin mengenal diri mereka.

Saya datang awal (ke pasukan Selangor) untuk melakukan persiapan menghadapi Piala Malaysia dan juga persiapan untuk musim depan.

“Selepas bersama pasukan lebih kurang dua minggu dan tiga perlawanan, ia sedikit sebanyak memberi saya gambaran mengenai pemain yang perlu kami kekalkan atau tak akan bersama pasukan,” katanya selepas aksi berdepan Sarawak United di Stadium Negeri, Kuching, kelmarin.

sumber:- BH

Kemenangan tipis 1-0 ke atas Sarawak United sudah cukup untuk skuad Gergasi Merah mendaki ke tangga kelima Liga Super, berkongsi 29 mata bersama pasukan jiran, KL City yang menghuni kedudukan keenam.