sukan

Status Aidil musim hadapan jadi tanda tanya

Jurulatih Aidil Sharin Sahak mengesahkan belum menerima sebarang tawaran daripada Kedah Darul Aman FC untuk melanjutkan kontraknya bagi musim depan.

“Sehingga saat ini belum ada lagi tawaran untuk sambung kontrak bersama Kedah. Tapi saya bersikap profesional dan mungkin pengurusan kelab ada alasan mereka sendiri,” katanya selepas perlawanan men3ntang Johor Darul Ta’zom (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim kelmarin.

“Saya juga tidak tahu sama ada mereka sudah ada jurulatih baharu pada musim depan. Apapun, seperti saya katakan, selagi masih bersama Kedah dan kontrak masih sah, maka saya sebagai seorang profesional akan bimbing pasukan itu sehingga tamat kontrak,”.

Mengulas kekalahan 1-4 kepada skuad JDT kendalian Hector Bidogio, Aidil mengakui agak sukar untuk memberi saingan terhadap skuad Harimau Selatan yang begitu gah apabila beraksi di laman sendiri.

Katanya, pada babak pertama, barisan Kedah mempamerkan aksi konsisten selepas berjaya mengekang asakan pemain JDT namun kecederaan dialami pemain pertahanan, Marc Alves menjejaskan rentak permainan mereka.

“Pada babak kedua, saya memberitahu pemain supaya berwaspada dengan kebangkitan JDT. Tapi kesilapan yang berulang dilakukan, ditambah pula JDT meraih sepakan penalti nyata beri tekanan buat pemain,” katanya.

sumber:- BH

Ia adalah kekalahan kali keempat berturut-turut buat Sang Kenari yang menyaksikan mereka berada di tangga ketujuh liga ketika saingan berbaki satu lagi aksi.