sukan

Zainal terpaksa direhatkan

KELAB tercorot Liga Super, Penang FC mengambil tindakan drastik melantik Manzoor Azwira Abd sebagai pengendali baharu skuad Harimau Kumbang itu apabila ‘merehatkan’ Datuk Zainal Abidin Hassan.

Penang FC menerusi satu kenyataan memaklumkan, pengurusan kelab berterima kasih kepada Zainal Abidin yang telah memberikan bantuan dalam mengendali skuad Haria Penang Haria sepanjang saingan liga berlangsung.

Manzoor Azwira akan mengendalikan pasukan Liga Super Penang FC bermula dengan perlawanan men3ntang Selangor FC pada 15 Oktober sebagai persediaan menghadapi saingan Piala Malaysia.

“Arahan ini diberikan sebagai sokongan pengurusan Penang FC kepada Manzoor Azwira untuk melengkapkan Kursus Kejurulatihan Diploma Pro A pada tahun 2023,” kata Facebook Penang Football Club dalam satu kenyataan pada Rabu.

Manzoor bukan nama asing dalam bola sepak Pulau Pinang apabila pernah membawa Harimau Kumbang menjulang kejuaraan Liga Premier pada musim 2020.

Untuk rekod, Zainal Abidin dilantik pengendali baharu Penang FC menggantikan Tomas Trucha pada Ogos, sekali gus menyaksikan kembalinya legenda negara itu yang pernah mengemudi skuad Pulau Mutiara tersebut pada musim 2017-18.

Pada Selasa, Penang FC melakar kekalahan 15 liga apabila dijinakkan PJ City, 2-0 dalam perlawanan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Kali terakhir Harimau Kumbang melakar kemenangan adalah ketika menewaskan Kuala Lumpur (KL) City, 1-0 di Stadium Bandaraya pada 24 September lalu.

sumber:- SH

Untuk rekod, Penang FC kini menduduki tangga terakhir liga dengan mengumpul 10 mata selepas mengharungi 21 perlawanan hasil – dua kemenangan, empat seri dan 15 kekalahan.