sukan

JDT lebur impian Sabah FC

Johor Darul Ta’zim (JDT) mengekalkan rekod tanpa kalah selepas melengkapkan 22 perlawanan musim ini apabila menewaskan Sabah FC 3-0 pada aksi terakhir Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.

Ia mengulangi kejayaan skuad bergelar Harimau Selatan selepas melakukannya pada musim 2016 dan 2020 dan kemenangan skuad kendalian Hector Bidoglio menyaksikan harapan menggunung skuad Datuk Ong Kim Swee membvru slot ke saingan Piala AFC pada musim depan berkecai.

Tanpa menurunkan Fernando Forestieri yang masih c3dera, pengendali JDT, Hector Bidoglio menaruh kepercayaan kepada Syafiq Ahmad untuk membarisi kesebelasan utama selepas beraksi cemerlang dengan mel3dak dua gol ketika menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 4-1, Selasa lalu.

JDT tidak menunggu lama membuka tirai jaringan pada minit ke-16 berpunca daripada gerakan Arif Aiman Hanapi di posisi sayap kanan yang melakukan hantaran lintang tepat kepada Bergson Da Silva yang merembat ke penjuru kiri gawang menewaskan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.

Bergson hampir mencetak gol kedua peribadi pada minit ke-30 selepas menerima bola hantaran Nazmi Faiz Mansor tapi rembatan derasnya sempat ditampan keluar Khairul Fahmi sehingga menyebabkan dia mengalami kec3deraan dan terpaksa digantikan dengan Damien Lim.

Tuan rumah menambah derita skuad Badak pada minit ke-38 selepas Arif Aiman yang mengambil sepakan percuma dari jarak 25 meter merembat tepat ke penjuru kiri gawang menewaskan Damien untuk meletak JDT selesa mendahului 2-0.

Memasuki babak kedua, JDT terus mendominasi permainan apabila sering melancarkan gerakan ke kubu Sabah FC yang terpaksa berhempas pulas menyekat serangan bertali arus anak didik Bidoglio.

Bergson terus mengganas apabila menjaringkan gol kedua peribadi dan jaringan ke-28 dalam saingan liga selepas kesilapan Dominic Tan yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya dan pemain import dari Brazil melakukan sepakan akrobatik menewaskan Damien.

Sabah FC jelas gagal menyaingi kekuatan JDT apabila gagal mengundang cemas di pintu gol anak didik Bidoglio malah kelibat Saddil Ramdani dan kemasukan Amri Yahyah tidak mampu memberi impak positif buat skuad Badak dalam perlawanan itu.

sumber:-HM

Sebaliknya, keputusan 3-0 memihak JDT sudah cukup buat lebih 34,000 penyokong Harimau Selatan bermain bunga api bagi menyambut malam gemilang skuad itu yang mencipta sejarah apabila terus menguasai saingan liga pada musim ini.