Striker sensasi muda negara di Belgium, Luqman Hakim Shamsudin semakin menemui kembali rentaknya selepas difahamkan mula mendapat kepercayaan jurulatih dalam setiap perlawanan babitkan skuad bawah 21 (B-21) KV Kortrijk.
Menurut sumber terdekat pemain itu, Luqman kini semakin menunjukkan peningkatan selepas dua musim berada di Eropah.
Dia tunjukkan peningkatan sangat baik dan jurulatih pasukan (Adnan Custovic) nampak mula beri peluang.
Dia pun tengah berusaha gigih dengan skuad B-21 untuk raih tempat dalam skuad utama. Luqman betul-betul fokus dengan pasukan B-21 sekarang ini dan ia perkembangan cukup baik.
Malah, baru-baru ini jurulatih skuad utama nak bagi dia main dalam perlawanan mene3tang Antwerp tapi dia pula tiba-tiba c3dera.
Tapi Luqman sedang usaha pelan-pelan dan harap disenaraikan lagi dalam pasukan utama lepas ini,” katanya ketika dihubungi.
Sebelum ini, Luqman pernah diberi peluang membuat penampilan dengan skuad utama dalam Liga Pro Belgium pada Oktober 2020 lalu untuk masuk sebagai pemain gantian di minit ke-73 men3ntang RSC Anderlecht.
Selain itu, sumber juga mengakui jurulatih Perak FC, Lim Teong Kim sememangnya ada menghubungi Luqman untuk menanya khabar bekas anak muridnya itu.
Teong Kim ada hubungi dia, tapi hanya untuk tanya perkembangan Luqman saja. Luqman akan kekal main di Belgium dan khabar angin yang kaitkan dia akan balik ke Liga Malaysia dalam masa terdekat tidak benar.
sumber:- HM
“Dia akan terus bermain di Belgium, malah Luqman juga sudah mula mendapat perhatian jurulatih,” katanya.