sukan

Reaksi CHeng Heo tindakan Sharul Nazeem

Pengendali Selangor FC, Tan Cheng Hoe memuji anak buahnya yang terus mengekalkan corak permainan positif biarpun beraksi 10 pemain akibat insiden kad merah seawal minit ke-30 perlawanan menentang Penang FC di Stadium Bandaraya, malam tadi.

Bekas Ketua Jurulatih Harimau Malaya itu turut tidak menyalahkan Sharul Nazeem Zulkapar yang membuka peluang kepada pasukan tuan rumah mencetak gol penalti menerusi jaringan kaptennya, Rafael Vitor.

“Saya rasa kad merah tersebut sedikit sebanyak menjejaskan perancangan strategi kita tetapi sebagai jurulatih saya tak salahkan Sharul Nazeem.

“Beliau masih muda banyak lagi kena belajar daripada situasi seumpama itu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan.

Cheng Hoe berkata, situasi hujan berterusan sehingga menyebabkan padang becak turut menguji kedua-dua pasukan yang terpaksa bermain dalam keadaan air bertakung sepanjang 90 minit perlawanan.

Mengulas mengenai kedudukan Selangor yang dilihat berada dalam keadaan terbaik selepas mengharungi empat perlawanan dengan keputusan tiga kali menang dan satu keputusan seri beliau berharap pasukan itu dapat pergi lebih jauh menjelang saingan Piala Malaysia tidak lama lagi.

Cheng Hoe berkata sejak mengambil alih pasukan akhir bulan lalu beliau melihat pemain secara beransur-ansur dapat beradaptasi dengan corak permainannya selain berharap anak buahnya terus menampilkan aksi konsisten sepanjang kejohanan itu berlangsung.

“Ini kerana kalau dilihat peringkat kalah mati sesiapapun boleh menang dengan mana-mana pasukan jadi saya harap pemain mesti fokus sekali lagi untuk perlawanan menentang Kelantan United nanti,” katanya.

Sementara itu, Penolong Ketua Jurulatih Penang FC, Manzoor Azwira Abdul Wahid berkata berbaki 10 hari persiapan Piala Malaysia yang bakal membuka tirai bermula 25 dan 26 Oktober ini, pihaknya turut memberi tumpuan bagi memantapkan pasukan bagi membolehkan mereka mara ke peringkat seterusnya.

sumber:-BH

Bakal bertemu Kuching FC yang menduduki tangga ketiga dalam Liga Perdana, beliau berpandangan pasukan lawan itu mempunyai jurulatih yang bagus dan barisan pemain berkualiti.