Sri Pahang FC menamatkan aksi terakhir Liga Super musim ini dengan kemenangan selepas menewaskan Negeri Sembilan FC (NSFC) 2-0 di Stadium Darul Makmur, di sini malam tadi.
Sri Pahang mempamerkan aksi cemerlang sebaik perlawanan bermula dengan corak permainan pantas dan agresif untuk mendapatkan gol pendahuluan.
Peluang terbaik tuan rumah bermula pada minit ke-10 menerusi rembatan pemain tengah, Shahrul Nizam Mohd Nadzir dari luar kotak penalti tetapi diselamatkan penjaga gol NFSC, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.
Empat minit kemudian, pemain tengah, Nor Azam Azih turut mempunyai peluang untuk menjaringkan gol tetapi Ahmad Syihan berjaya menyelamatkan gawang daripada dibolosi.
Gol pertama yang ditunggu Sri Pahang akhirnya muncul hasil tandukan David Rowley selepas menerima hantaran daripada Manuel Hidalgo pada minit ke-27.
Selepas itu, NSFC yang jarang memberi tekanan kepada Sri Pahang memiliki peluang tetapi rembatan striker import, Matheus Alves melepasi palang skuad Tok Gajah pada minit ke-36.
Bersambung babak kedua, Sri Pahang tidak menunggu lama untuk menambah gol kedua hasil sentuhan Rowley pada minit ke-47.
Ketinggalan 0-2, NSFC menggandakan s3rangan ke kubu tuan rumah tetapi dinafikan barisan pertahanan.
Sebaliknya, tuan rumah yang mendahului pelawat 2-0 terus melancarkan s3rangan untuk menambah jaringan.
Pada masa kec3deraan, pelawat beraksi 10 pemain selepas kapten pasukan, Nasrullah Haniff Johan dilayangkan kad merah selepas mengutip dua kad kuning.
sumber:- HM
Aksi terakhir liga menyaksikan Sri Pahang beroleh kemenangan manakala NSFC terpaksa akur tewas.