Selepas saingan Liga Super 2022 melabuhkan tirainya kelmarin, maka terjawab juga pasukan mana yang akan bertembung di gelanggang kalah mat! Piala Malaysia musim ini.
Berdasarkan kedudukan dalam liga, empat pasukan dilihat bakal membentuk dua pertembungan mavt pada persimpangan pertama dalam perjalanan menuju ke ‘puncak’ piala berprestij itu.
Terengganu FC (TFC) yang baru dinobatkan sebagai naib juara Liga Super akan berdepan pasukan jiran, Sri Pahang manakala Kedah Darul Aman (KDA) pula akan menentang Negeri Sembilan.
Jika dilihat berdasarkan prestasi sepanjang musim ini, TFC dan Negeri Sembilan menjadi pasukan pilihan untuk meneruskan perjalanan mereka di Piala Malaysia musim ini yang menggunakan format kalah mati.
TFC memiliki rekod baik berdepan Sri Pahang dengan kali terakhir skuad Penyu tewas di tangan Tok Gajah pada Mei 2019 dalam aksi suku akhir Piala FA.
Namun, selepas itu TFC ‘kebal’ berdepan Sri Pahang apabila merekodkan empat kemenangan dan dua seri dalam enam pertembungan terakhir di Liga Malaysia (Liga M).
Tok Gajah sudah lapan kali mara ke final Piala Malaysia dan empat kali muncul juara, sementara skuad Penyu pula enam kali ke final dan hanya sekali muncul juara pada 2001.
Negeri Sembilan yang pernah merangkul kejuaraan Piala Malaysia sebanyak tiga kali pula seakan tiada masalah untuk melepasi halangan pertama sekiranya KDA terus bergelut dengan masalah prestasi.
Entah apa yang sedang melanda KDA ketika ini apabila skuad Sang Kenari tewas semua dalam lima perlawanan Liga Super yang diharungi mereka sepanjang bulan ini.
Hanya berbaki kira-kira sembilan hari sebelum sepak mula Piala Malaysia berlangsung pada 25 dan 26 Oktober ini, KDA perlu mendapatkan penawar mujarab untuk mengelak ‘trag3di Oktober’ yang dialami mereka dalam Liga Super tidak berulang di pentas Piala Malaysia.
Laluan juara Liga Super sembilan kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk menuju ke final Piala Malaysia tampak lebih mudah apabila memulakan kempen berdepan PJ City.
Sekiranya tidak dikejutkan PJ City, Harimau Selatan yang juga juara Piala Malaysia dua kali akan berdepan sama ada Sarawak United atau Kelantan di suku akhir.
Sementara itu, Sabah yang terpaksa melepaskan tiket Piala AFC bagi slot naib juara Liga Super kepada TFC pada saat akhir, kelmarin perlu mengintai untuk menjuarai Piala Malaysia bagi merebut satu lagi tiket ke kejohanan peringkat Asia itu.
Bagaimanapun, mengikut laluan ke final, Sabah terpaksa berdepan JDT di separuh akhir sekiranya kedua-dua pasukan itu berjaya melepasi dua halangan awal.
sumberL- BH
Seandainya terkandas, anak buah Datuk Ong Kim Swee perlu berdoa supaya JDT atau TFC akan muncul juara Piala Malaysia bagi meraih tiket Piala AFC selaku pasukan tangga ketiga Liga Super.