sukan

Hilang tonggak gara-gara Bergson

Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee enggan berputus asa dan tetap dengan sasaran membawa pasukan itu ke pentas Piala AFC pada musim depan dengan merebut slot terakhir yang ditawarkan pada saingan Piala Malaysia yang akan menyingkap tirainya minggu ini.

Pengendali kelahiran Melaka itu berkata, itu menjadi sasaran Sabah FC selepas gagal menamatkan saingan Liga Super di tangga kedua apabila tumpas 0-3 kepada juara liga sembilan kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam semalam.

Ketika saya mula menggalas tugas sebagai ketua jurulatih, pihak pengurusan meletakkan sasatan untuk berada dalam kelompok lima terbaik namun saya mempunyai sasaran tersendiri yang ingin ditunaikan.

Kalau bukan kerana kekeliruan pasukan mana yang akan layak ke Piala AFC, saya rasa hari ini, saya, pihak pengurusan dan pemain sudah bersorak kegembiraan berbanding berada dalam situasi ini.

“Sepatutnya kita sudah layak sekiranya tidak ada masalah di saat terakhir. Kita masih belum putus asa, ada saingan Piala Malaysia untuk kita lalui dan cuba bagi capai matlamat seberapa jauh kita boleh pergi,” katanya.

Kim Swee perlu memenangi saingan Piala Malaysia sekiranya mahu merebut slot terakhir ke Piala AFC pada musim depan seterusnya memenuhi impiannya untuk membawa skuad Badak ke pentas Asia tapi laluan agak perit dan dijangka sekali lagi akan bertemu JDT pada peringkat separuh akhir jika semua berjalan lancar.

Pada aksi men3ntang skuad Harimau Selatan, impian menggunung skuad Badak musnah selepas Bergson Da Silva berjaya meledak dua jaringan pada minit ke-16 dan minit ke-55 manakala Arif Aiman Hanapi turut mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-39.

Mengulas kelemahan ketara yang dialami Sabah FC pada perlawanan itu, Kim Swee mendedahkan pada musim ini pasukan itu kekurangan ramai pemain yang mampu galas tugas setanding dengan pemain utama yang menyaksikan pasukan berdepan masalah sekiranya pemain utama tidak dapat diturunkan berpunca daripada kec3deraan atau mengalami penggantungan.

Kim Swee menambah, ketiadaan beberapa pemain tonggak utama seperti Park Tae-su, Jackson de Souza dan Jose Embalo menyebabkan pasukan tidak berupaya beraksi di tahap sebenar seterusnya gagal menyaingi kehebatan JDT yang bermaharajalela menguasai permainan sehingga sukar buat pemain Sabah FC bertindak membuat percubaan berbahaya.

sumber:- HM

“Kami juga mungkin akan kehilanga Khairul Fahmi (Che Mat) yang mengalami kec3deraan serius di tangan selepas menghalang rembatan deras pemain nombor 9 (Bergson) dan belum pasti lagi sama ada dia boleh beraksi pada saingan Piala Malaysia nanti,” kata Kim Swee.