Teka-teki venue Piala Asia 2023 akhirnya terjawab apabila Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mengumumkan Qatar bakal menganjurkan kejohanan terbabit pada tahun depan.
Ini bermakna, skuad Harimau Malaya bakal ‘berkampung’ di bumi Timur Tengah itu bagi mengharungi kempen Piala Asia 2023 kelak.
Presiden AFC, Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa mengucapkan tahniah kepada Persatuan Bolasepak Qatar (QFA) atas kejayaan bidaan itu selain menzahirkan penghargaan kepada Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) dan Persatuan Bolasepak Korea (KFA) yang turut mengemukakan bidaan.
Tahniah kepada Qatar kerana mendapat hak penganjuran Piala Asia yang akan datang. Kemampuan Qatar dan rekod cemerlang dalam menganjurkan acara sukan bertaraf antarabangsa sememangnya disegani di dunia ini.
Saya ingin memuji AFC atas profesionalisme dalam mengendalikan proses bidaan yang adil dan telus selain terima kasih kepada rakan kongsi komersial serta penaja atas kesabaran ketika detik sukar ini.
“Mengambil kira tempoh persiapan yang singkat, kami tahu ini satu situasi yang sukar. Namun dengan infrastruktur berkelas dunia dan kemampuan menjadi tuan rumah, kami percaya Qatar mampu menjadikan Piala Asia sebagai saingan berprestij,” katanya.
Selain itu, Jawatankuasa Eksekutif AFC turut menyenaraikan Persekutuan Bolasepak Seluruh India (AIFF) dan Persekutuan Bolasepak Arab Saudi (SAFF) sebagai dua pembida terakhir bagi Piala Asia 2027.
Keputusan untuk memilih tuan rumah bagi edisi itu akan dikendalikan Kongres AFC pada mesyuarat seterusnya yang akan berlangsung pada Februari tahun depan.
Terima kasih kepada tiga ahli gabungan kita iaitu AIFF, QFA dan SAFF yang mengemukakan bidaan terbaik untuk menganjurkan Piala Asia 2027.
Kami turut menghargai hasrat Persekutuan Bolasepak Iran dan Persatuan Bolasepak Uzbekistan yang turut berminat untuk menjadi hos edisi 2027 serta Bolasepak Australia bagi edisi 2023.
sumber:- HM
“Pada masa sama, kami turut mendapati bidaan daripada AIFF dan SAFF sangat menakjubkan dan QFA akan menjadi asas yang kuat sebelum penganjuran bagi edisi 2027 nanti,” katanya.