Juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, berjaya melangkah ke pusingan 16 selepas merekodkan kemenangan straight set ke atas beregu Jerman, Mark Lamfuss-Marvin Seidel, dalam saingan Terbuka Denmark, sebentar tadi.
Kali terakhir kedua-dua beregu itu berentap dalam saingan Terbuka Switzerland dan kemenangan berpihak kepada Aaron-Wooi Yik.
Namun di set pertama Mark Lamsfuss dan Marvin Seidel yang bermula baik dan mendahului kedudukan hinggalah Aaron dan Wooi Yik berjaya mengikat kedudukan 13-13.
Sejak daripada kedudukan tersebutm, Aaron-Wooi Yik kembali mendahului dan berjaya menang set pertama 21-18.
Di set kedua, Aaron-Wooi Yik lebih fokus dan mendominasi perlawanan.Pasangan Jerman itu bangkit dan merapatkan jurang mata namun gandingan negara itu tetap kental bertahan sekaligus mengekang lawan dari terus mengejar.
Usaha diperkemas lagi — Aaron dan Wooi Yik terus menyerang sebelum memastikan kemaraan ke pusingan kedua hasil kemenangan 21-19 dalam aksi yang berlangsung selama 36 minit ini.
sumber:- SA
Pasangan negara bakal bertemu gandingan Perancis, Lucas Corvee-Ronan Labar, dan dijangka tiada masalah untuk meneruskan kemaraan ke suku akhir.