sukan

Ketiadaan Shane Lowry buka peluang untuk menyerlah

Pertahanan Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Feroz Baharudin anggap peranan yang diberi untuk membarisi skuad utama dalam perlawanan terakhir Liga Super men3ntang Sabah FC cukup besar.

Feroz menyifatkan dia semakin selesa apabila berpeluang bergandingan bersama pemain lebih senior dan usahanya itu membuahkan hasil apabila berjaya men3mbusi skuad utama dalam tiga perlawanan Liga Super, musim ini.

Pemain berusia 22 tahun ini antara nama yang kian mendapat perhatian selepas mempertaruhkan aksi cemerlang bersama JDT II dan peluang diberi pengendali, Hector Bidoglio kepadanya juga tidak disia-siakan untuk mempamerkan prestasi terbaik terutama selepas ketiadaan Shane Lowry ekoran kec3deraan.

Peranan saya sangat besar apabila dapat beraksi dalam kesebelasan utama malam ini (Sabtu lalu) dan terima kasih kepada semua terutamanya TMJ (Tunku Mahkota Johor) yang memberi peluang kepada saya.

Alhamdulillah kami memperoleh kemenangan dan saya bersyukur dalam tiga perlawanan saya main dapat buat yang terbaik.

“Apa yang penting saya lega apabila dapat membuktikan kemampuan dan sekarang pun sudah boleh menyesuaikan diri dengan pemain-pemain senior lain dengan baik”, jelasnya.

Dalam pada itu, Bidoglio juga tidak menafikan Feroz dan juga seorang lagi pemain muda Daryl Sham antara pemain berkualiti yang perlu dijaga kerana mempunyai masa depan cerah berdasarkan prestasi ketika ini.

Namun, beliau enggan dua pemain terbabit yang turut membantu JDT II meraih trofi Liga Perdana itu berasa selesa dan perlu bekerja lebih keras jika ingin terus berada dalam skuad utama.

Mereka berdua adalah pemain penting yang perlu dijaga untuk kelab ini kerana bermain dengan baik setakat ini.

Tetapi jika ingin terus bermain untuk skuad utama JDT, mereka tidak boleh berhenti berusaha dan banyak benda masih perlu dilakukan mereka.

“Mereka juga berlatih dengan baik dalam setiap latihan dan sikap ini adalah baik untuk mereka memberikan sesuatu kepada kelab nanti,” kata Bidoglio.

sumber:- HM

JDT berjaya menjulang trofi Liga Super buat kali kesembilan berturut-turut dan diraikan dengan gilang gemilang sejurus berakhir aksi terakhir men3ntang Sabah FC, Sabtu lalu.