sukan

Penggunaan VAR tak gugat KL City

Buat pertama kali, barisan pemain dan pegawai Kuala Lumpur City FC (KL City) bakal menggunakan teknologi video pembantu pengadil (VAR) pada aksi final Piala AFC di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Mungkin situasi itu agak janggal bagi sesetengah pasukan yang tidak pernah didedahkan dengan sistem VAR namun ia agak berbeza buat pengendali KL City, Bojan Hodak.

Jelas jurulatih berpengalaman berusia 51 tahun itu, beliau tidak melihat VAR akan mengganggu rentak pemainnya apabila turun bertemu Al Seeb dari Oman nanti.

Malah ia tidak akan memberi kelebihan buat mana-mana pasukan, sebaliknya memudahkan tugas pengadil di atas padang ketika perlawanan itu.

“VAR tidak memberi sebarang impak pada pemain, cuma dapat membantu pengadil sahaja.

“Ia tidak merubah hakikat bahawa pasukan Al-Seeb sememangnya lebih kuat berbanding semua pasukan yang kami temui pada peringkat sebelum ini,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan pasukan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras di sini, hari ini.

Ujarnya lagi, beliau tidak berdepan sebarang masalah untuk menurunkan mana-mana pemain kerana kesemuanya bebas daripada kec3deraan atau penggantungan perlawanan.

sumber:-HM

“Pemain-pemain kami berada dalam keadaan baik dan tiada siapa c3dera. Pada dua perlawanan lalu, kami terpaksa melakukan penggiliran pemain supaya pemain-pemain cukup rehat,” katanya.