sukan

Sah tinggalkan Kedah

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) melalui proses rombakan barisan kejurulatihannya apabila jurulatih penjaga gol berpengalaman, Khairul Azman Mohamed turut mengundurkan dirinya selepas ketiadaan Aidil Sharin Sahak sebagai ketua jurulatih.

Menerusi kenyataan rasmi hari ini, penjaga gol legenda negara berusia 54 tahun itu mengambil langkah sama dengan Aidil Sharin bagi memberi laluan untuk perancangan terbaru pengurusan KDA FC sebaik tamat saingan Liga Super, musim ini.

KDA FC mencapai persetujuan bersama untuk meneruskan haluan berbeza dengan Khairul Azman berkuatkuasa hari ini.

Keputusan ini diambil atas pilihan beliau yang turut mengambil langkah seiring dengan pengemudi pasukan sebelum ini, Aidil Sharin.

Peng0rbanan dilakukan dapat memberi angin baru kepada penggantinya kelak dalam meniup semangat pemain untuk berjuang dalam aksi Piala Malaysia 2022.

Khairul Azman yang mesra dipanggil ‘Bro’ adalah bekas penjaga gol kebangsaan dan diserap dalam barisan kejurulatihan pasukan Sang Kenari sejak musim lalu.

“Dia bergandingan dengan Aidil Sharin sehingga muncul naib juara Liga Super 2021 seterusnya beraksi di Piala AFC tahun ini sehingga layak ke peringkat separuh akhir Zon Asean,” menurut kenyataan itu.

sumber:- HM

Khairul Azman yang menabur bakti dengan pasukan Sabah FA pada 2009 dan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 2013 sebelum menyertai KDA FC, dikatakan bakal mengambil keputusan untuk bersara daripada tugas kejurulatihan.