sukan

Tuah Stadium Nasional Bukit Jalil

‘Tuah’ atau ‘Ong’ Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sekali lagi ditagih oleh pemain Kuala Lumpur City FC (KL City) menjelang aksi final Piala AFC apabila dijadual menentang kelab Oman, Al Seeb, Sabtu ini.

Ketua pasukan KL City, Paulo Josue mengakui masih mengingati kejayaan skuad The City Boys menjuarai Piala Malaysia buat pertama kali dalam tempoh 32 tahun dengan menewaskan gergasi Liga Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Kejutan itu dizahirkan di SNBJ yang menjadi saksi di atas kemenangan 2-0 ketika JDT dianggap pilihan hangat untuk meme bagi perlawanan itu.

Jelas Josue, skrip sama dilihat bakal dilalui pasukannya dengan Al Seeb yang diperkuatkan enam tonggak utama skuad kebangsaan Oman itu dilabel sebagai pasukan pilihan.

Kita ada rekod yang baik di sana (SNBJ) dengan 100 peratus dan harap ia akan kekal dalam aksi final itu nanti.

Kami perlu turun dengan menikmati suasana perlawanan yang juga aksi terakhir dalam kempen Piala AFC musim ini, dan cuba akhiri untuk menjulang trofi,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan pasukan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras di sini, hari ini.

Skuad kendalian Bojan Hodak dalam laluan melakar sejarah unik muncul juara Piala AFC dalam penampilan sulung di pentas kedua tertinggi kelab-kelab Asia itu, selepas Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Jika menang, KL City akan mengikut jejak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menjadi kelab pertama dari Malaysia dan rantau Asia Tenggara memenangi trofi itu pada 2015 lalu.

Dalam perkembangan sama, Josue mengakui mahu menyempurnakan ‘kisah dongeng’ KL City dengan menjulang trofi itu.

Katanya, ketika dia mula menyertai pasukan pada 2017 lalu, KL City hanyalah sebuah pasukan yang beraksi di Liga Perdana, namun kini sudah berada di peringkat tertinggi Asia sekali gus menceritakan betapa berlikunya perjalanan pasukan untuk sampai ke tahap itu.

Selepas kami jatuh ke liga bawahan (Liga Perdana) dan tiada siapa sangka kami mampu bangkit dan mara ke final Piala Malaysia tahun lalu (juara), dan sekarang masuk pula final Piala AFC.

sumber:- HM

“Ia memang benar…pada mula dulu agak sukar tapi kami berjaya mara ke final, saya anggap ia perjalanan yang indah,” kata pemain Brazil yang kini disebut-sebut antara calon naturalisasi negara.