sukan

Kata-kata Liridon jadi perhatian peminat bola sepak Malaysia

Pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi menganggap Liga Thailand memiliki kualiti lebih tinggi berbanding Liga Malaysia (Liga M).

Perancang tengah berusia 30 tahun itu yang pernah beraksi bersama Kedah, Melaka dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas Liga M kini menyarung jersi kelab Thailand, Khon Kaen United.

Katanya, terdapat perbezaan besar antara liga utama di dua negara itu termasuk dari segi intensiti permainan dan profesional.

Perbezaan besar (antara Liga Thailand dan Malaysia). Lebih berkualiti, intensiti lebih tinggi dan lebih profesional.

“Saya harap Liga M boleh berada setanding dengan Liga Thailand pada masa akan datang,” kata pemain kelahiran Kosovo itu dipetik daripada portal Thailand, SNE Sports.

Dalam perkembangan lain, Liridon yang dikenali sebagai Mat Don mengakui sudah semakin menyesuaikan diri dengan corak permainan skuad kendalian Carlos Eduardo Parreira selepas dihimpit kecederaan sebelum ini.

Sebenarnya saya baru sahaja pulih daripada kec3deraan panjang apabila empat ke lima bulan berehat. Namun, kini saya sudah kembali pulih dan mendapatkan semula rentak perlawanan.

sumber:- BH

“Namun, saya akui masih memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dan buat masa ini segalanya berjalan lancar,” katanya.