sukan

Pemansuhan peraturan lebih adil kepada semua pasukan

Pemansuhan peraturan jaringan tempat lawan atau ‘away goal’ mendapat sokongan daripada jurulatih pasukan Liga Malaysia (Liga M).

Pengendali Sri Pahang, Datuk Dollah Salleh menganggap perubahan yang dilakukan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) itu sebagai satu langkah yang lebih adil kepada semua pasukan.

Beliau berkata, pemansuhan peraturan itu turut seiring dengan mengikut arus perubahan bola sepak antarabangsa sambil memudahkan pemahaman pemain serta peminat.

Ia satu keputusan yang sangat baik kerana saya dari dulu memang tidak gembira dengan peraturan gol di tempat lawan ini yang banyak menimbulkan kekeliruan.

Masih ingat lagi bagaimana kami kalah di tangan Kedah dulu hanya disebabkan jumlah jaringan di tempat lawan, rasa memang sakit hati walaupun atas kertas, angka jaringan adalah sama.

Malah punca Dickson (Nwakaeme) meraikan jaringan adalah kerana menyangka kelebihan jaringan di tempat lawan sudah tidak diambil kira selepas waktu tambahan seperti mana peraturan ditetapkan AFC (Konfederasi Bolasepak Asia), namun yang sebaliknya terjadi.

“Jaringan tempat lawan ini ada kalanya mengganggu psik0logi pemain jika mereka dalam situasi ketinggalan ketika beraksi di tempat sendiri yang sedikit sebanyak turut memberikan kesan kepada perancangan jurulatih,” katanya.

Semalam, MFL mengumumkan pemansuhan kelebihan jaringan di tempat lawan dalam kejohanan kalah mati selaras dengan perubahan terkini AFC dan UEFA.

Ini bermakna pemansuhan peraturan itu akan berkuatkuasa dalam kejohanan Piala Malaysia 2022 yang bakal membuka tirai pada 26 dan 27 Oktober ini.

Ketua jurulatih Kelantan, Rezal Zambery Yahya pula menyifatkan perubahan itu akan memastikan semua pasukan bermain secara terbuka sama ada bermain di tempat sendiri atau gelanggang lawan.

Situasi ini akan memastikan persaingan selama 180 minit adalah sama rata tanpa perlu memikirkan lagi mencari kelebihan jaringan di laman lawan yang ada kalanya boleh berikan kelebihan kepada pasukan tertentu.

sumber:- BH

“Sebagai contoh, jika pasukan A itu mendapatkan jaringan di tempat lawan pada pertemuan pertama, ada kalanya mereka akan bermain secara bertahan di tempat sendiri pada aksi timbal balik sekali gus menjadikan perlawanan kurang menarik,” katanya.