sukan

Goh Soon Huat-Shevon Lai terkandas di separuh akhir

Perjuangan beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, dalam kejohanan Badminton Terbuka Denmark tamat di peringkat separuh akhir selepas tewas secara set langsung kepada pasangan pilihan ketiga dari China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong, di Jyske Bank Arena sebentar tadi.

Kekalahan itu merupakan yang kelapan buat wakil negara itu sepanjang bertembung dengan lawan berkenaan.

Aksi pada awal set pertama berlangsung sengit dengan kedua-dua beregu saling berkejaran mata tetapi sebaik mendahului 10-9, Soon Huat dan Shevon membenarkan lawan memperoleh lima mata berturut-turut untuk ketinggalan 14-10.

Biarpun cuba mengejar mata, pasangan negara itu akur untuk melepaskan set berkenaan dengan kekalahan 16-21.

Aksi lebih menarik dipamerkan wakil negara itu dalam set kedua sehingga dapat mengikat kedudukan 20-20.

sumber:-SA

Namun, mereka hanya dapat bertahan selama 35 minit sepanjang perlawanan itu sebelum membenarkan Si Wei-Ya Qiong ke final dengan kemenangan 24-22 dalam set kedua.