sukan

Hasrat KL City bergelar juara Piala AFC tidak kesampaian

HASRAT Kuala Lumpur City FC untuk bergelar juara Piala AFC tidak kesampaian apabila tewas 0-3 kepada Al Seeb pada perlawanan akhir sebentar tadi

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Putra Bukit Jalil, pasukan KL City kendalian Bojan Hodak dengan membariskan kesebelasan terbaik dengan penjaga gol, Kevin Ray Mendoza sekali lagi dipertanggungjawabkan menjaga gawang skuad warga kota.

Pada awal permainan KL City menggunakan pendekatan berbeza apabila dilihat mengamalkan corak permainan meny3rang berbanding kebiasaan iaitu bertahan.

Pemain sayap kanan, KL City, Zhafri yahya hanpir membuka tirai jaringan pada minit ke-17 namun rembatannya itu berjaya Ahmed Faraj Al Rawahi.

Hasrat tuan rumah untuk mendapatkan gol pembukaan tidak kesampaian apabila pelawat terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi sepakan penjuru ‘in swinger’ Ali Sulaiman Al Busaidi pada minit ke-21.

Tersentak dengan gol tersebut, KL City terus memperbaiki corak permainan bagi mendapat gol penyamaan.

Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi pasukan warga kota itu apabila sekali lagi dibolosi pada minit ke-36 menerusi tonggak s3rangan Al-Seeb, Abdul Aziz Humaid yang menanduk masuk hantaran Saalah Said untuk menewaskan Mendoza.

Memasuki separuh masa kedua, pasukan KL City dilihat masih belum mahu mengangkat bendera putih apabila kerap mengatur serangan ke kubu lawan.

Bagaimanapun keasyikan KL City untuk mencari gol pertama mereka pada perlawanan tersebut dihukum Al Seeb apabila kelab Oman itu menjaringkan gol ketiga menerusi Muhsen Saleh Al-Ghassani.

Pengendali KL City kemudiannya membuat beberapa pertukaran pemain dengan memasukkan Hadin Azman dan Haqimi Azim bagi memperkuatkan lagi jentera serangan skuad warga kota.

Percaturan itu bagaimanapun gagal menghasilkan sebarang gol buat KL City sekaligus menyaksikan skuad warga kota akur tewas 0-3 kepada Al Seeb sekali gus terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara.

Kami mohon jasa baik anda untuk mengisi borang kaji selidik di atas untuk mendapatkan pendapat dan penilaian anda terhadap kandungan di Sinar Harian Online dengan hanya klik di poster di atas
Kami sangat menghargai penilaian dan masa anda.

sumber:- SH

Kaji Selidik ini akan membantu kami meningkatkan kualiti kandungan di Sinar Harian Online. Terima Kasih dan teruskan menjadi pembaca setia kami.