sukan

Tidak sabar tampil buat kali pertama

Pemain naturalisasi, Sergio Aguero tidak sabar tampil buat kali pertama bersama Sri Pahang FC dalam saingan Liga Malaysia (Liga M), musim ini.

Justeru, pemain kelahiran Argentina itu dijangka membuat penampilan pertama bersama skuad Tok Gajah apabila berdepan Terengganu FC (TFC) pada perlawanan pertama Piala Malaysia pada 27 Oktober ini.

Sebenarnya, saya menantikan penampilan sulung bersama Sri Pahang FC selepas sekian lama menunggu.
Saya teruja untuk bermain terutama membawa Sri Pahang ke final Piala Malaysia musim ini dan meraikan bersama penyokong Tok Gajah.

“Sebenarnya, saya ingin berterima kasih kepada jurulatih (Datuk Dollah Salleh) dan Fandi Ahmad (penasihat teknikal).

“Oleh itu, saya akan melakukan yang terbaik untuk menunjukkan kepada penyokong Tok Gajah bahawa Aguero sudah kembali dan bersedia memberikan yang terbaik buat Sri Pahang,” katanya.

Mengulas peluang Sri Pahang untuk menewaskan TFC, penyerang itu menjangkakan perlawanan sengit apatah lagi TFC muncul naib juara Liga Super dan Piala FA.

Namun, saya percaya dengan prestasi semasa kami ketika menewaskan Negeri Sembilan FC (NSFC) 2-0 pada perlawanan terakhir Liga Super, kami mampu mengecewakan lawan.

“Ketika ini, kami sudah bersedia daripada segi mental dan fizikal untuk berdepan TFC,” katanya.

sumber:- HM

Dalam satu kenyataan pada 7 September lalu, Sri Pahang diluluskan untuk mendaftarkan Aguero dan Lee Tuck sebagai pemain tempatan.