sukan

Komen Hodak tarik perhatian selepas aksi Final

Ketua jurulatih KL City FC, Bojan Hodak menyifatkan kekalahan 0-3 pasukannya kepada Al Seeb pada final Piala AFC 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, malam tadi, kerana kesilapan sendiri.

Katanya, perlawanan juga mungkin berbeza sekiranya skuad City Boys berjaya mendapatkan gol pembukaan menerusi beberapa peluang pada awal permainan.

“Saya sudah katakan sebelum perlawanan bahawa mereka (Al Seeb) pasukan yang berkualiti dan jika kami buat kesilapan, kami akan dihukum.

Untuk memenangi perlawanan seperti ini, anda perlu menampilkan permainan yang sempurna selain turut bergantung kepada nasib.

“Jika kami dapat jaringkan gol pertama (pada awal permainan), mungkin perlawanan akan berbeza. Bagi aksi final, kita perlu dapatkan gol, jika tidak, pasukan terbaik Asia akan menghukum anda,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Al Seeb adalah kelab pertama dari Oman yang memenangi Piala AFC.

Sementara itu, ketua jurulatih Al Seeb, Rasheed Jabar mengakui gembira dengan kejayaan pasukannya mencipta sejarah apabila muncul juara Piala AFC musim ini.

Ini impian kami dan kami bekerja keras untuk datang ke final Piala AFC. Pemain melakukan tugas yang sangat baik dan mereka sangat cemerlang.

sumber:- BH

“Saya gembira untuk kelab ini dan juga untuk bola sepak Oman. Ini kali pertama kami memenangi kejuaraan di dalam kejohanan ini dan harap ia sebagai permulaan,” katanya.