sukan

Lawan Zii Jia di Final bukan calang – calang

Pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia tidak mahu terlalu ghairah beraksi di pentas final dalam usaha merebut gelaran Kejohanan Terbuka Denmark 2022.

Zii Jia yang akan bertemu wakil China, Shi Yu Qi malam ini mahu kekal fokus dan tenang untuk memastikan gelaran juara miliknya.

Pemain berusia 24 tahun itu berkata, kejayaan melangkah ke pentas final Terbuka Denmark bukanlah perkara mudah memandangkan perlu mengharungi pelbagai rintangan termasuklah berdepan juara dunia tahun lalu, Loh Kean Yew di peringkat separuh akhir.

Beraksi di final sememangnya menjadi impian setiap pemain. Pada penyertaan sebelum ini sememangnya banyak cabaran dan sekarang ini saya dalam usaha mendapatkan kembali keyakinan dan rentak untuk meraih keputusan positif.

“Setakat ini, persembahan saya semakin baik dan banyak berbincang bersama jurulatih untuk meningkatkan lagi corak permainan. Strategi saya adalah memastikan pihak lawan tidak mendapat mata selain turut mengekalkan rentak permainan untuk memungut mata kemenangan,” katanya.

Terdahulu, pemain nombor tiga dunia itu menampilkan aksi cemerlang untuk menundukkan Kean Yew 21-18, 21-15, pada kejohanan di Arena Jyske Bank, Odense.

Yu Qi pula perlu berhempas pulas untuk menempah slot final apabila dia menerima tentangan sengit lawannya dari Jepun Kodai Naroaka sebelum mengesahkan kemenangan 21-15,9-21,24-22.

Mengikut rekod, Zii Jia kali pertama beraksi di pentas final Terbuka Denmark dengan rekod sebelum ini terkandas di pusingan awal kejohanan.

sumber:- SH

Jika Zii Jia berjaya menumpaskan Yu Qi menyaksikan dia berjaya meraih gelaran kedua pada musim ini selepas mengungguli di Terbuka Thailand Mei lalu.