sukan

Lee Zii Jia berjaya ke final singkir Bekas Juara Dunia

Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menempah slot Akhir Terbuka Denmark selepas mengatasi Bekas Juara Dunia, Loh Kean Yew J dalam perlawanan separuh Akhir yang cukup sengit malam tadi.

Pada kejuaraan berstatus Super 750 yang berlangsung di Jyske Bank Arena, Odense itu, pemain nombor tiga dunia sebelum ini menyingkirkan cabaran bintang Indonesia, Jonatan Christie 21-16 , 21-18.

Perlawanan berlangsung cukup sengit di set pertama, Zii Jia ternyata dalam keadaan terbaik dan menang set pertama dengan 21-18.

Pada set Kedua, kedua-dua pemain sering berkejar mata yang akhirnya menyaksikan Zii Jia yang tampil sebagai pilihan keempat kejohanan ketinggalan di awal permainan namun bangkit menang 21-15 dalam perlawanan yang berlangsung cukup menarik.

Kemenangan itu menyaksikan Zii Jia bakal berentap di perlawanan akhir bagi perebutan Kejuaraan.

Kean Yew sebelum itu mencipta sensasi apabila menyingkirkan juara dunia yang juga pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen dalam di perlawanan suku akhir.

Pemain nombor tujuh dunia itu mara selepas menjinakkan jagoan tuan rumah tersebut dalam perlawanan set straight untuk kemenangan 21-17, 21-10 dalam masa 30 minit.