sukan

Mahu ulang kejayaan menentang Kedah

Selepas menamatkan aksi Liga Super di tempat keempat, skuad Negeri Sembilan FC (NSFC) yakin dapat meneruskan momentum itu dalam kempen Piala Malaysia musim ini.

Negeri Sembilan bakal memulakan cabaran men3ntang Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Rabu ini.

Meskipun segelintir pemain c3dera, ketua jurulatih K Devan, tampak yakin dengan persiapan dan komitmen pemain.

Memang ada segelintir pemain c3dera, namun keadaan tidak serius dan saya yakin mereka boleh pulih menjelang pertembungan dengan Kedah, Rabu ini.

Saya tidak banyak beri fokus kepada keseluruhan kekuatan pasukan Kedah kerana kami pernah menentang mereka dalam aksi liga, tapi tumpuan diberikan hanya kepada beberapa pemain lawan yang dilihat boleh memberi ancaman kepada Negeri Sembilan.

Kami ada strategi tersendiri dalam menghadapi perlawanan pertama ini dan Negeri Sembilan perlu mendapatkan keputusan baik walaupun beraksi di gelanggang lawan.

“Hanya ada dua perlawanan timbal balik dan keputusan yang baik pada aksi pertama itu nanti amat penting untuk aksi di tempat sendiri pada 1 November nanti,” katanya.

Menurutnya, biarpun Kedah bertukar jurulatih, kekuatan mereka tidak boleh dianggap menurun, sebaliknya sebarang kemungkinan boleh berlaku.

sumber:- HM

Katanya, dia bakal mempertaruhkan gandingan Striker Matheus Alves dan Gustavo Dos Santos sambil dibantu Yashir Pinto dan Omid Nazari di bahagian tengah, sementara Herold Mark Goulon mengemudi bahagian pertahanan.