sukan

Yakin mampu sekat JDT

Kehilangan P Rajesh memberi kesan kepada kekuatan jentera pasukan, namun skuad Petaling Jaya (PJ) City FC tetap optimis untuk memberikan cabaran yang baik dalam kempen saingan Piala Malaysia musim ini.

Rajesh maut selepas terbabit dalam satu kem@langan jalan raya ketika dalam perjalanan dari arah Batu Muda menghala ke Batu Caves, Isnin lalu.

Skuad bimbingan P Maniam itu akan menanti kunjungan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan pertama di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Rabu ini.

Sedar dengan cabaran getir yang bakal dihadapi pada aksi pertama itu nanti, pengurus pasukan K Rajendran, yakin pemain pasukan itu berupaya untuk menyaingi kehebatan skuad juara Liga Super itu.

Saya yakin dan percaya semua pemain pasukan PJ City sudah bersedia untuk memberikan cabaran dan persembahan terbaik pada aksi pertama, di laman sendiri, Rabu ini.

Walaupun sedar akan tugas berat yang bakal dihadapi pemain, dengan mengambil kira rekod pertemuan kedua-dua pasukan pada aksi liga sebelum ini yang dilihat memberangsangkan, bukan mustahil, kami mampu mencipta kejutan ke atas JDT.

“Bagaimanapun pemain PJ City perlu pamerkan aksi luar biasa untuk membolehkan keputusan yang baik dapat dicapai kerana seperti kita tahu JDT bukan calang pasukan dan mereka tidak tewas sepanjang aksi liga,” kata Rajendran.

Mengulas lanjut, Rajendran berkata, pada perlawanan terakhir liga dengan JDT di gelanggang sama, PJ City berjaya mengikat skuad Harimau Selatan itu.

Menurutnya, keputusan yang baik itu berupaya diulangi pada kempen Piala Malaysia andai pemain dapat memberikan sepenuh komitmen terhadap perlawanan.

“Jika ini dapat diperagakan, saya yakin PJ City boleh mendapatkan keputusan positif terutama aksi di laman sendiri,” katanya.

Keyakinan beliau itu juga bersandarkan kepada barisan pemain utama pasukan seperti Darren Lok, K Kogileswaran, K Gurusamy, Mahali Jasuli, S Kumaahran dan Khyril Muhymeen Zambri yang kini berada pada tahap prestasi terbaik untuk mengemudi jentera pasukan.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa kesemua hasil jualan tiket pada perlawanan itu nanti akan disumbangkan kepada waris Rajesh, sebagai membantu meringankan beban keluarga mendiang, yang kehilangan ketua keluarga.

sumber:- BH

“Saya berharap peminat bola sepak dapat membanjiri stadium bagi memberikan sokongan kepada PJ City selain membantu waris atau keluarga Rajesh, yang kehilangan ketua keluarga,” katanya.Kehilangan P Rajesh memberi kesan kepada kekuatan jentera pasukan, namun skuad Petaling Jaya (PJ) City FC tetap optimis untuk memberikan cabaran yang baik dalam kempen saingan Piala Malaysia musim ini.

Rajesh maut selepas terbabit dalam satu kem@langan jalan raya ketika dalam perjalanan dari arah Batu Muda menghala ke Batu Caves, Isnin lalu.

Skuad bimbingan P Maniam itu akan menanti kunjungan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan pertama di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Rabu ini.

Sedar dengan cabaran getir yang bakal dihadapi pada aksi pertama itu nanti, pengurus pasukan K Rajendran, yakin pemain pasukan itu berupaya untuk menyaingi kehebatan skuad juara Liga Super itu.

Saya yakin dan percaya semua pemain pasukan PJ City sudah bersedia untuk memberikan cabaran dan persembahan terbaik pada aksi pertama, di laman sendiri, Rabu ini.

Walaupun sedar akan tugas berat yang bakal dihadapi pemain, dengan mengambil kira rekod pertemuan kedua-dua pasukan pada aksi liga sebelum ini yang dilihat memberangsangkan, bukan mustahil, kami mampu mencipta kejutan ke atas JDT.

“Bagaimanapun pemain PJ City perlu pamerkan aksi luar biasa untuk membolehkan keputusan yang baik dapat dicapai kerana seperti kita tahu JDT bukan calang pasukan dan mereka tidak tewas sepanjang aksi liga,” kata Rajendran.

Mengulas lanjut, Rajendran berkata, pada perlawanan terakhir liga dengan JDT di gelanggang sama, PJ City berjaya mengikat skuad Harimau Selatan itu.

Menurutnya, keputusan yang baik itu berupaya diulangi pada kempen Piala Malaysia andai pemain dapat memberikan sepenuh komitmen terhadap perlawanan.

“Jika ini dapat diperagakan, saya yakin PJ City boleh mendapatkan keputusan positif terutama aksi di laman sendiri,” katanya.

Keyakinan beliau itu juga bersandarkan kepada barisan pemain utama pasukan seperti Darren Lok, K Kogileswaran, K Gurusamy, Mahali Jasuli, S Kumaahran dan Khyril Muhymeen Zambri yang kini berada pada tahap prestasi terbaik untuk mengemudi jentera pasukan.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa kesemua hasil jualan tiket pada perlawanan itu nanti akan disumbangkan kepada waris Rajesh, sebagai membantu meringankan beban keluarga mendiang, yang kehilangan ketua keluarga.

sumber:- BH

“Saya berharap peminat bola sepak dapat membanjiri stadium bagi memberikan sokongan kepada PJ City selain membantu waris atau keluarga Rajesh, yang kehilangan ketua keluarga,” katanya.