sukan

Zii Jia akhirnya tewas di pentas final

Pemain peseorangan profesional negara, Lee Zii Jia terlepas gelaran Terbuka Denmark 2022 apabila tewas di tangan wakil China, Shi Yu Qi di pentas final, sebentar tadi.

Zii Jia yang juga pilihan keempat kejohanan tunduk dalam pertarungan tiga set 18-21, 21-16, 12-21 di Arena Jyske Bank, Odense.

Aksi sengit dipamerkan pada set pertama dengan Zii Jia terpaksa akur dengan kekalahan 18-21 dan di berjaya mengheret perlawanan ke set penentuan selepas menang pada set kedua.

Namun, Zii Jia gagal mengekalkan rentak cemerlang pada set penentuan apabila ketinggalan seawal permainan bermula sekali gus memberi ruang Yu Qi meraih kejuaraan dengan kemenangan 21-12.

sumber:- BH

Terdahulu, Zii Jia yang ketandusan gelaran selepas Terbuka Thailand, Mei lalu, menampilkan aksi cemerlang pada separuh akhir apabila menundukkan juara dunia tahun lalu, Loh Kean Yew dari Singapura dengan 21-18, 21-15.