sukan

Rombakan besar-besaran

Bojan Hodak menjanjikan rombakan besar-besaran ke atas Kuala Lumpur (KL) City menjelang perlawanan pertama Piala Malaysia menentang PDRM.

Finalis Piala AFC 2022 itu mahu membuka lembaran baru apabila kembali menjalani latihan intensif hari ini bagi tumpuan khusus perlawanan pembuka tirai Piala Malaysia, Khamis ini.

Biarpun menyedari kemampuan skuad yang dimiliki tidak sehebat pasukan elit Liga Super yang lain, Hodak tetap berdegil untuk mencari keserasian yang baru dengan misi mempertahankan gelaran.

“Kami akan buat rombakan selepas mengharungi satu perlawanan besar jadi pemain amat keletihan.”Mungkin demi motivasi perlawanan ini, pemain muda akan dipertaruhkan.

“Sudah tentu saya akan buat rombakan dan ini adalah kejohanan berbeza. Kami berlatih hari ini dan pemain sudah lupakan perlawanan terakhir untuk fokus kepada Piala Malaysia.

“Pemain perlu desak saya untuk kekalkan mereka dalam kesebelasan utama. Sebelum ini kami berdepan kelab besar di Asia tapi kali ini kami akan berdepan wakil Liga Perdana, jadi ada ruang dan masa untuk kami lebih meny3rang.

“Jadi saya akan ubah sedikit sistem serangan kami,” katanya di Nadi Arena.Selebihnya, harapan skuad Warga Kota lebih tertumpu kepada kerjasama sepasukan, serta semangat juang setiap pemain.

Apa pun, ketua jurulatih daripada Croatia itu tidak menjangkakan sebarang laluan mudah ketika berdepan cabaran Sang Saka Biru.

“Tahun lalu kami mencipta kejutan. Sehubungan itu sudah pasti semua pasukan akan memberi lebih serius kepada kami.

sumber:- SA

“Tapi saya percaya kami akan tumpu kepada satu persatu perlawanan untuk lihat sejauh mana kami mampu mara,” katanya lagi.